Anda di sini

SPP laksana transformasi tingkat kualiti pengurusan, penyampaian perkhidmatan

Advertisement

KUCHING: Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan melaksanakan beberapa transformasi pada tahun ini ke arah meningkatkan kualiti pengurusan serta penyampaian perkhidmatannya.

Antaranya Pensijilan MS ISO 9001:2015 bagi ‘Core Business’ SPP seperti pengambilan guru dan bukan guru, termasuk kes tatatertib serta Sistem ePROPER,  pelaksanaan urusan perkhidmatan melalui talian (online) di seluruh negara berkuat kuasa Jun nanti.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun, inisiatif tersebut jelas menunjukkan usaha SPP untuk sentiasa maju ke hadapan.

Saya amat teruja dengan transformasi yang dibawa oleh SPP di bawah pimpinan Setiausaha Datuk Abu Bakar Idris ke arah meningkatkan kualiti pengurusan dan penyampaian perkhidmatan SPP kepada pelanggan.

Saya percaya sebagai pihak berkuasa melantik bagi sektor perkhidmatan pendidikan negara, SPP akan meneruskan kecemerlangan sebagai entiti bebas yang sentiasa dinamik, efektif dan berintegriti pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam sempena Program Bersepadu SPP di sebuah hotel terkemuka di Sibu, semalam yang turut dihadiri Pengerusi SPP Tan Sri Dr Haili Dolhan dan Setiausaha SPP Datuk Abu Bakar Idris.

Selain itu, Entulu turut menyifatkan pelaksanaan program turun padang SPP dengan kerjasama strategik jabatan dan agensi kerajaan lain sebagai inisiatif inovasi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan lebih efektif.

Memakmurkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dapat memastikan apa yang tercicir sebelum ini diperhatikan sewajarnya oleh pihak berwajib,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji SPP dalam mengadakan kerjasama strategik bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sehingga berjaya mendapatkan sumbangan sebanyak RM10,000 selain bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka yang membekalkan buku dan bahan bacaan untuk perpustakaan bagi dua sekolah iaitu SMK Sungai Paoh, Sarikei dan SK Batu 15, Sibu.

Usaha yang dilakukan SPP ini seperti memberi sinar kepada kedua-dua sekolah ini untuk menjadikannya lebih kondusif kepada pelajar,” katanya.

Advertisement