Anda di sini

Kevin dinobatkan juara keseluruhan

Advertisement
 Peserta bergambar kenangan bersama pengajur pertandingan.
KENANGAN: Peserta bergambar kenangan bersama pengajur pertandingan.

Sekali gus membolehkan atlet gusti lengan dari Taiwan itu muncul Juara Antara Juara membawa pulang ‘Tukul Emas’

KUCHING: Atlet gusti lengan dari Taiwan, Kevin Tsai dinobatkan juara keseluruhan Pertandingan Gusti Lengan Amal Antarabangsa Premier 101 Sarawak 2018 yang berakhir di Premier 101 di sini malam kelmarin.

 Kemenangan itu sekali gus membolehkan Kevin dinobatkan sebagai Juara Antara Juara untuk membawa pulang hadiah ‘Tukul Emas’.

 Bagi kategori Pro Lengan Kanan 85 kilogram ke atas dimenangi Murray Mckay dari Australia diikuti Witawatt (Thailand) dan Chub Yury (Rusia).

 Sementara itu, kategori Pro Lengan Kanan 75kg-85kg turut dimenangi Kevin Tsai, manakala pencabar dari Filipina, Mark Luis Ben muncul naib juara dan wakil Malaysia, Lee Yong Sheng di tempat ketiga.

 Peserta Malaysia mendominasi tiga kedudukan terbaik kategori Pro Lengan Kanan 75kg ke bawah apabila Joffey Jolly dan Faiz Razin masingmasing menduduki tempat pertama dan ketiga sementara peserta Jepun, Suketoshi Itou menamatkan saingan naib juara.

 Kategori Pro Lengan Kiri 80kg ke atas menyaksikan Wittawat muncul juara mengatasi Murray Mckay dan Jack Pekala berjaya rangkul Piala Veteran Felcra-MuFA 2017 JARINGAN PERTAMA: Gol pertama pasukan Pekala (jersi hijau hitam) apabila berjaya menewaskan penjaga gol pasukan Legend United.

 Burmester dari Australia.

 Peserta Malaysia, Mohamad Nizar Yusof dan Joffey Jolly mendominasi kategori Pro Lengan Kiri 80kg ke bawah manakala Qiao Yi dari China di tempat ketiga.

 Dua kategori amatur yang dipertandingkan membabitkan Amatur 75kg ke atas dan 75kg ke bawah.

 Dalam kategori Amatur 75kg ke atas dimenangi Bobby John dari Sabah diikuti Syuzefril (Selangor) dan Nickelson Rony (Sabah).

 Bagi Amatur 75kg ke bawah, Stefano Steven dari Sabah muncul juara diekori Fariez Azril Ali (Pahang) dan peserta dari Sarawak, Kenny Choo di tempat ketiga.

 Kategori Terbuka Wanita menyaksikan jaguh dari China, Luo Na diumumkan sebagai juara mengatasi Intan Marziyah dari Malaysia dan Shibaoka Mizuho dari Jepun.

 Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Khui Hian.

 Turut hadir Penasihat SASA, Datuk Seri Teng Chi Lik, Presiden SASA, Matthew Dominic Barin dan pengerusi penganjur, Stephen Kee.

 Pertandingan dua hari berlangsung pada 19 dan 20 Januari itu anjuran Kelab Komuniti Premier 101 dan Persatuan Gusti Lengan Sarawak (SASA) turut disokong Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan, Belia dan Sukan.

 Lebih menarik apabila kejohanan bertaraf dunia edisi ketiga itu menampilkan jaguh gusti lengan dunia dari Kanada, Devon Larratt selain menerima penyertaan 500 atlet gusti lengan dari lebih 20 negara.

  • oleh
  • Advertisement