Anda di sini

MSPO akan bolehkan Malaysia jenamakan minyak sawit sebagai pilihan utama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) akan menjadi perubah penting kerana selain memberikan pihak berkuasa Malaysia cara untuk menguatkuasakan standard pensijilan, ia juga akan lebih menonjol di pasaran antarabangsa serta menjenama minyak sawitnya sebagai pilihan utama, kata satu jurnal.

Buat permulaannya, MSPO akan memberikan pihak berkuasa Malaysia cara untuk menguat kuasa standard pensijilan, iaitu satu perbezaan penting dengan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).

Penguatkuasaan itu sendiri akan menjadi lebih berkesan kerana MSPO berkait dengan instrumen sedia ada, contohnya, lesen rasmi yang diperlukan untuk mereka yang beroperasi dalam perniagaan minyak sawit dan dikeluarkan Lembaga Minyak Swit Malaysia (MPOB),” kata jurnal tersebut yang bertajuk: “Membina Masa Depan Lestari Bersama: Minyak Sawit Malaysia dan Penggunaan Eropah.”

Kelebihan lain MSPO yang akan memanfaatknan industri ialah dengan standard pensijilan sendiri yang diterima di peringkat antarabangsa, Malaysia boleh menonjol di pasaran antarabangsa dan menjenamakan minyak sawit Malaysia sebagai pilihan utama, kata jurnal itu yang ditulis secara bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, Dr Kalyana Sundram, Pengurus Serantau di Eropah, Uthaya Kumar dan Perunding, Frank Vogelgesang.

Oleh itu, Malaysia melihat banyak kelebihan dalam MSPO walaupun kos yang tinggi dan bnyak usaha yang diperlukan untuk menjayakannya.

Dan disebabkan perkara inilah pihak berkuasa Malaysia berazam untuk menyelesaikan perkara ini (lesen rasmi dan proses pensijilan) dengan menawarkan insentif kewangan pada rantaian pengeluaran minyak sawit di negara ini untuk menjadi patuh MSPO, katanya.

MSPO itu dikendalikan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia dan menjadi mandatori menjelang Disember 2019.

Berikutan standard MSPO yang ketat, kejayaan skim berkenaan juga akan memberi manfaat kepada penggubal undang-undang Eropah, katanya.

Mencari jalan untuk Kesatuan Eropah (EU) menerima MSPO sebagai amalan terbaik akan menjadikannya lebih mudah untuk meningkatkan penerimaan olehpengeluar tempatan juga. Pensijilan bukannya jalan sehala.

Komitmen tinggi hanya berjaya jika ia diterima. Dengan menyokong skim nasional seperti MSPO, EU boleh membawa 100 peratus minyak sawit lestari yang disahkan lebih dekat,” tambahnya. — Bernama

Advertisement