Anda di sini

Warga Miri digalak manfaat logo ‘Miri Uniquely Borneo’

Advertisement

Penggunaan logo adalah bebas asalkan tidak mengubah rekaan dan menyalahgunakannya untuk tujuan lain: Adam Yii

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam usaha menjayakan kempen Tahun Melawat Miri (VMY) 2018 menggalakkan penduduk Miri untuk menghasilkan produk dan cenderamata yang memaparkan logo ‘Miri Uniquely Borneo’.

Datuk Bandar Adam Yii berkata, mereka bebas menggunakan logo tersebut asalkan tidak mengubah rekaan dan menyalahgunakannya untuk tujuan lain.

Kami tidak terfikir untuk mengawal penggunaannya, sebaliknya kita mahu penduduk berasa bebas menghasilkan produk mereka dan produk menjadi popular.

Sekiranya wujud pe-nyalahgunaan, kita akan lakukan siasatan dan meminta mereka untuk menggunakan logo yang betul,” jelasnya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis semalam.

Penduduk boleh menghasilkan produk seperti  baju-T, cawan, topi atau apa-apa sahaja yang molek dijadikan cenderamata dengan memaparkan logo rasmi VMY.

Adam yakin ada antara produk tersebut mampu menjadi cenderamata popular tanda kenangan berkunjung ke Miri.

Kita gembira sekiranya penduduk memperolehi pendapatan tambahan daripada VMY selain sebagai produk promosi pelanco-ngan Miri.

Kita mahu penduduk Miri mendapat manfaat daripada pembangunan pelancongan ini,” jelasnya.

Adam memberitahu, logo boleh dimuat turun daripada pautan dalam aplikasi Miri App.

Tentang VMY 2018, Adam berkata, sambutan diraikan selama tiga hari bermula 29 Disember ini di Taman Pusat Miri, Marina ParkCity.

Selain bazar, pengunjung dihiburkan dengan persembahan pentas pada sebelah malam.

Bazar beroperasi bermula jam 10 pagi sementara pertunjukan melibatkan persem-bahan  tarian dan nyanyian bermula jam 6 petang.

Pada malam 31 Disember, kita mengadakan pertunjukan bunga api selama lapan minit.

Kita juga menjemput bakat-bakat tempatan untuk menghiburkan tetamu yang hadir,” tambahnya.

Menteri Muda Pelanco-ngan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin akan hadir mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi melancarkan VMY 2018 dan sambutan Ambang Tahun Baharu 2018.

  • oleh
  • Advertisement