Anda di sini

Pindaan akta kawal, perbaiki khidmat hartanah akan berkuat kuasa 2 Januari

Advertisement
 Para penerima anugerah bergambar bersama Dr Sim (tiga kiri) dan Eric (tiga kanan).
TAHNIAH: Para penerima anugerah bergambar bersama Dr Sim (tiga kiri) dan Eric (tiga kanan).

KUCHING: Pindaan Akta 242 iaitu Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah 1981 akan mula berkuat kuasa 2 Januari tahun depan bagi mengawal dan memperbaiki perkhidmatan hartanah.

Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) Eric Lim berkata, perkara itu diputuskan kerajaan bagi melindungi hak pengamal industri terbabit di seluruh negara.

Salah satu pindaannya adalah memberi kuasa mutlak kepada polis bagi bertindak ke atas ejen haram kerana sebelum ini ramai pengamal industri telah membuat aduan kepada pihak kami.

Profesion kita di bawah pengawasan pihak Lembaga Penilai, Penilai dan Ejen Hartanah Malaysia (BOVAEA), justeru perkara seperti itu menjejaskan industri dan memburukkan industri hartanah negara,” katanya.

Maka dengan itu, saya merayu kepada para peng-amal yang beroperasi secara sah untuk tampil ke hadapan dan bekerjasama dengan firma berdaftar agar tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap ejen haram berkenaan.

Selepas ini, pihak polis dan BOVAEA boleh menahan atau mendakwa broker yang akan dikenakan hukuman berat termasuk hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM300,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan bersalah,” tambah beliau ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan MIEA 2017 di sini kelmarin.

Pada masa sama, Pengarah Lembaga Nasional MEA tidak berpendapat bahawa pasaran hartanah mengalami krisis sebaliknya orang ramai perlu memahami asas ekonomi.

Harga rumah meningkat enam peratus secara purata setiap tahun kecuali pada 1986 iaitu pada kadar faedah 10 sehingga 16 peratus.

Bagaimanapun, pada hari ini kadar tersebut hanya meningkat kepada 4.5 peratus dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara lebih enam peratus.

Pada majlis yang sama, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian menegaskan bahawa adalah baik sekiranya MIEA bekerjasama dengan pembuat dasar dan polisi untuk memastikan dasar kerajaan selari dengan kehendak persatuan.

Saya harap kita boleh bekerjasama kerana jika saya hanya meluluskan dasar perumahan tanpa persetujuan persatuan perumahan atau pemaju seperti MIEA, ia tidak akan memberi manfaat kepada mereka kerana saya tidak tahu apa yang mereka mahukan,” jelas beliau yang turut berucap pada majlis tersebut.

Dr Sim juga menyatakan MIEA adalah organisasi profesional yang penting bagi pembangunan negara.

Pengerusi MIEA Sarawak Dato Ir Alex Ting Kuang Kuo pula menegaskan bahawa di Sarawak, 95 peratus pembeli rumah adalah pemilik dan spekulasi sangat sedikit, sekali gus ini menunjukkan pasaran hartanah yang sangat sihat.

Setiap kawasan bandar utama di negeri ini mengalami pertumbuhan dua peratus daripada 60 peratus kepen-dudukan rakyatnya.

Dengan menganggarkan lima setiap isi rumah, kami memerlukan 36,000 nisbah lima orang, bersamaan 7,000 rumah setahun.

Pasar Kuching adalah 45 peratus, bersamaan 3,240 unit rumah setahun, tidak termasuk golongan muda dan keluarga yang baharu me-mulakan kehidupan, menjadikan bandar ini memerlu-kan sekurang-kurangnya 4,000 hingga 4,500 rumah setiap tahun,” kata Alex.

Pada majlis yang sama, Kozin Real Estate Sdn Bhd dianugerahkan Real Estate Firm Year 2017, diikuti anugerah REN Negeri Sarawak 2017 yang diserahkan kepada Wee Kui Ho, manakala Simon Hii Sing Sing daripada H Simon Agensi Real Estate, Wong Ho Ming dari Homing Real Estate Agency, dan Aubrey Chan dari Real Estate Borneo menerima Anugerah Fellowship.

Advertisement