Anda di sini

Thailand buru Raja Dadah Methaphetamine

Advertisement
Polis Thai menahan dua lelaki dan merampas 5.37 juta pil dadah 'Yaba' dan 120 kilogram dadah 'Crystal Methaphetamine' dari satu sindiket di Nonthaburi berhampiran Bangkok semalam. Polis Thailand turut merampas sepucuk senapang M-16 serta tiga buah kenderaan. - Foto BERNAMA
Polis Thai menahan dua lelaki dan merampas 5.37 juta pil dadah 'Yaba' dan 120 kilogram dadah 'Crystal Methaphetamine' dari satu sindiket di Nonthaburi berhampiran Bangkok semalam. Polis Thailand turut merampas sepucuk senapang M-16 serta tiga buah kenderaan. - Foto BERNAMA

BANGKOK: Dalam usaha memerangi dadah yang tidak berkesudahan di Thailand nama Lt Kol Yi Sae sentiasa berada dalam perhatian pegawai  penguatkuasa anti dadah di negara itu yang menawarkan  hadiah 5 juta Baht (kira-kira RM632,000) bagi penangkapannya.

 

Yi Sae atau Chaiwat Pornsakulpaisarn digelar "Raja Dadah Methaphetamine" oleh pihak berkuasa kerana dikatakan menjadi mendalang kebanyakan dadah sintetik yang diseludup ke Thailand untuk dieksport ke negara lain di rantau ini dan kawasan lain di dunia.

"Dia adalah antara orang yang paling dikehendaki di Thailand. Dia adalah Raja Dadah Methaphetamine" kerana menyeludup sejumlah besar dadah ke Thailand terlebih dahulu sebelum dibawa ke Malaysia dan negara lain bergantung kepada laluan dadah," kata Ketua Biro Anti Dadah  (NSB) Lt Jen Sommai Kingvisaisuk kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, menangkap raja dadah yang paling dikehendaki itu bukan mudah kerana lelaki itu yang dipercayai berumur sekitar 60-an tinggal di selatan negeri Wae, wilayah autonomi terletak dengan negeri Shah di Myanmar.

Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang terbatas ke atas hal ehwal di Negeri Wa, yang telah mengisytiharkan sebagai wilayah autonomi, terletak di tengah-tengah kawasan “Tiga Segi Emas” untuk muncul sebagai satu daripada wilayah paling prokuktif mengeluarkan dadah di Manmar.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), "Tiga Segi Emas yang bersempadan Myanmar, Laos dan Thailand kini menjadi pengeluar dadah sintetik yang terbesar di dunia dan pada masa yang sama mengekalkan kedudukan sebagai satu daripada pengeluar terbesar heroin.

Dari pangkalannya di selatan Negeri Wa yang bersempadan dengan daerah Mae Fah Luang di Chiang Rai, Thailand, Yi Sae menggunakan sempadan pergunungan dan kawasan berliku-liku yang memisahkan kedua-dua negara untuk menyeludup masuk sejumlah besar dadah sebelum dadah itu ditransit ke wilayah lain di rantau itu. 

Menurut Sommai, Yi Sae, seorang etnik Lahu yang dipercayai mempunyai dua kewarganegaraan Myanmar-Thailand, juga adalah pemimpin militia dan mengetuai satu kumpulan bersenjata yang yang agak kuat dan ini menyebabkan apa-apa usaha unhtuk membawanya ke muka pengadilan sama ada di Myanmar atau Thailand, terlalu berisiko dan hampir mustahil.

Beliau berkata walaupun menghadapi risiko itu, Thailand telah mengeluarkan tiga waran tangkap keatas raja dadah itu dan juga meminta kerjasama dari Yangon untuk menangkapnya.

Malah, kerajaan Myanmar dikatakan keberatan untuk menghantar pegawai penguatkuasanya ke selatan Negeri Wa untuk memburu Yi Sae dan anggota sindiket dadah yang diketuainya kerana bimbang ia akan mencetuskan konflik dengan kumpulan bersenjata itu.

Tambahan pula, kata Sommai, kerajaan Myanmar kini terlibat dalam proses damai dengan beberapa kumpulan etnik di negara itu.

Usaha untuk membanteras  sindiket Yi Sae  daripada menyeludup sejumlah besar dadah ke Thailand telah mencapai kejayaan dan ini terbukti melalui operasi baru-baru ini apabila pihak berkuasa berjaya merampas 26 juta pil "Yaba" dan 130 kg dadah "Crystal Methaphetamine" (Ice).

Ketua Polis Nasuional Thailand Jen Chakthip Chaijinda berkata, dadah itu yang bernilai 4 bilion Baht (kira-kiraRM550 juta) diperoleh dari Negeri Wa di Myanmar, sarang bagi Yi Sae dan sindiket dadah yang diketuainya.

Selain operasi baru-baru ini, pihak berkuasa Thailand juga sedang menjejaki beberapa individu yang disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram milik Yi Sae dan sindiket-sindiket dadah yang lain.

TUIni berikutan penangkapan seorang wanita warga Burma di Bangkok bulan lepas apabila polis mendapati aliran tunai berjumlah 10 bilion Baht (kira-kira RM1.3 bilion) setahun dalam akaun banknya dan beberapa akaun lain yang menimbulkan syak di kalangan pegawai penguatkuasa anti dadah di Thailand.

Wanita itu yang berasal dari Tachileik, bandar di sempadan Thailand-Myanmar yang terkenal kerana kilang mengeluarkan dadah Methaphetamine, disyaki membiayai kegiatan beberapa sindiket dadah termasuk Yi Sae.

Wanita tersebut menafikan dakwaan itu tetapi siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA

Advertisement