Anda di sini

MYDIN lancar perlindungan Takaful iMeriah

Advertisement
 Ameer (kiri) melancarkan pelan Takaful iMeriah di MYDIN USJ, Subang Jaya, semalam.
PERLINDUNGAN: Ameer (kiri) melancarkan pelan Takaful iMeriah di MYDIN USJ, Subang Jaya, semalam.

Perlindungan terhadap kematian dalam bentuk barangan keperluan menggantikan manfaat wang tunai

KUALA LUMPUR: Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) semalam telah melancarkan perlindungan Takaful iMeriah eksklusif untuk ahli-ahli Kad Meriah MYDIN.

 Perlindungan takaful iMeriah ini merupakan hasil kerjasama MYDIN bersama AmMetLife Takaful Berhad (AmMetLife Takaful).

 Uniknya perlindungan Takaful iMeriah ini, ia adalah perlindungan serta-merta pada bulan berikutnya apabila kriteria perbelanjaan minimun dipenuhi.

 Ia juga merupakan pelan takaful patuh syariah dan menyediakan perlindungan terhadap kematian dalam bentuk manfaat barangan keperluan yang menggantikan manfaat wang tunai.

 Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata, program kesetiaan dan ganjaran MYDIN memperkenalkan iMeriah sebagai penghargaan pelanggan setia yang menyokong MYDIN selama ini.

 “MYDIN adalah perintis di Malaysia yang memperkenalkan idea seperti ini, yang mana ia menyediakan perlindungan bulanan dalam bentuk barangan keperluan kepada ahli Kad Meriah yang berbelanja di MYDIN seluruh negara.

 “Dengan pelancaran iMeriah ini, saya berharap ia akan menjadi platform untuk kami membuktikan komitmen MYDIN dalam memenuhi tanggungjawab korporat sosial terhadap pelanggan MYDIN.

 Sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku pada anda, sekurang-kurangnya perbelanjaan keperluan harian orang tersayang akan diberi perhatian oleh MYDIN,” katanya pada majlis pelancaran pelan Takaful iMeriah di MYDIN USJ, Subang Jaya, semalam.

 Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Am- MetLife Takaful Berhad, Noor Azam Mohd Yusof.

 Berbicara bagaimana iMeriah berfungsi, Ameer menjelaskan ahli Kad Meriah MYDIN yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 49 tahun serta warganegara layak untuk menyertai iMeriah.

 “Ahli Kad Meriah yang layak dan berbelanja sekurangkurangnya RM600 di pasar raya terpilih MYDIN dalam masa sebulan kalendar dengan menggunakan Kad Meriah akan mendapat perlindungan iMeriah serta-merta pada bulan kalendar berikutnya.

 “Perlindungan takaful ini adalah percuma untuk ahli Kad Meriah tersebut kerana kos perlindungan iMeriah ini ditanggung oleh MYDIN.

 Apabila berlaku kematian terhadap ahli Kad Meriah yang dilindungi, penama akan dibenarkan untuk berbelanja RM300 setiap bulan di pasar raya MYDIN terpilih untuk barangan keperluan harian selama 12 bulan,” jelas beliau.

 iMeriah boleh didapati di 59 pasar raya MYDIN seluruh negara termasuk gedung, pasar raya, bazar, emporium dan MYDIN Mart bermula dari 13 Disember 2017.

 Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi kaunter perkhidmatan pelanggan MYDIN terdekat.

 Maklumat juga boleh didapati di laman Facebook MYDIN dan AmMetLife Takaful.

  • oleh
  • Advertisement