Anda di sini

Warga emas maut dalam nahas dua motosikal

Advertisement
 Keadaan motosikal mangsa dalam kemalangan di Jalan Ferry-Pusa kelmarin.
KEMALANGAN: Keadaan motosikal mangsa dalam kemalangan di Jalan Ferry-Pusa kelmarin.

PUSA: Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah motosikal lain yang ditunggangi seorang lelaki berusia 29 tahun.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Bingkok John berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhamad Sulong Bujang, 71.

“Kemalangan berlaku di Jalan Ferry-Pusa sekitar jam 12.30 tengah hari semalam (kelmarin).

“Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke Pekan Pusa, manakala seorang lagi penunggang motosikal lelaki sedang dalam perjalanan dari Pekan Pusa,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

Tambah Bingkok, mangsa yang cedera parah dalam pertembungan itu dibawa ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Namun demikian, pada jam 11.30 malam (kelmarin), mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian kaki telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sarikei.

“Sementara itu, penunggang berusia 29 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya.

  • oleh
  • Advertisement