Anda di sini

Pecah masuk, pekerja asing kehilangan wang, telefon

Advertisement

SIBU: Pekerja asing yang tinggal di tingkat atas sebuah unit rumah kedai di Jalan Kampung Nyabor di sini mengalami kerugian besar Khamis lepas selepas kediaman mereka dipecah masuk pencuri.

Mangsa termasuk dua wanita warganegara China dan seorang lelaki warganegara Filipina.

Difahamkan, mereka meninggalkan bandar ini pada Rabu lalu dan kembali keesokan harinya.

Mereka mendapati pencuri telah menggeledah kesemua lima bilik kediaman sebelum melarikan mata wang asing dan beberapa barangan bernilai lain.

Kedua-dua mangsa wanita warganegara China kehilangan wang tunai termasuk RMB800, mata wang Malaysia berjumlah RM4,000 dan AS$1,600.

Dalam kejadian sama, mangsa juga kehilangan sebuah telefon bimbit.

Manakala, lelaki warganegara Filipina terbabit kehilangan sebuah telefon bimbit.

Wanita warganegara China terbabit bekerja di sini sebagai tukang urut.

Advertisement