Anda di sini

Rumah sewa ranap

Advertisement

Rumah didiami enam sekeluarga di Jalan Sharif Mashor, Sarikei musnah dalam kebakaran.

 Anggota bomba bekerja keras memadam kebakaran sebuah rumah di Jalan Sharif Mashor, Sarikei semalam.
PADAM: Anggota bomba bekerja keras memadam kebakaran sebuah rumah di Jalan Sharif Mashor, Sarikei semalam.

SARIKEI: Sebuah rumah sewa didiami enam sekeluarga di Jalan Sharif Mashor di sini musnah dalam kebakaran semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10 pagi.

Ketika kejadian tiada penghuni berada di rumah terbabit dan bomba mengambil masa sejam mengawal dan seterusnya memadamkan kebakaran.

Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya di sini semalam.

Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian berkenaan.

Dalam operasi itu, Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei menggunakan sebuah jentera pemadam bersama lapan anggota.

Turut membantu operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hospital Sarikei dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sementara itu, beberapa agensi seperti Pusat Khidmat DUN Kuala Rajang, Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Sarikei dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarikei menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Bantuan awal disalurkan kepada mangsa berupa barang keperluan asas dan dapur.

__alt__
 Kebakaran rumah di Jalan Sharif Mashor, Sarikei semalam.
MARAK: Kebakaran rumah di Jalan Sharif Mashor, Sarikei semalam.
  • oleh
  • Advertisement