Anda di sini

Dr Abdul Rahman tinjau industri penternakan kerbau di India

Advertisement
 Dr Abdul Rahman melawat Sahara Buffalo Farm di Aurangabad yang menternak 90 ekor kerbau untuk menghasilkan susu. Kelihatan sama Ismawi.
LAWATAN: Dr Abdul Rahman melawat Sahara Buffalo Farm di Aurangabad yang menternak 90 ekor kerbau untuk menghasilkan susu. Kelihatan sama Ismawi.

KUCHING: Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail dan rombongan meneruskan lawatan kerja ke Aurangabad, Maharasta yang terkenal dengan kuantiti kerbau terbesar di India. 

Rombongan lawatan diteruskan ke kilang Frigorifico Allana Limited Abattior bagi menyaksikan proses penyembelihan dijalankan.

Lawatan terakhir rombongan tersebut adalah ke ibu pejabat Allanasons Private Limited, Mumbai.

Dalam rangka lawatan itu, mereka diberi taklimat mengenai operasi perniagaan syarikat dan kepelbagaian produk yang dihasilkan.

Lawatan kerja berkenaan bertujuan meninjau industri penternakan kerbau di India daripada aspek teknologi dan perkhidmatan industri dalam membantu perancangan bagi membangunkan industri tersebut di Sarawak.

Syarikat Allanasons Private Limited turut berminat melabur dan meneroka potensi industri makanan khususnya penternakan kerbau dan daging kerbau di Sarawak.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transfromasi Sosioekonomi) Datu Ismawi Ismuni.

Advertisement