Anda di sini

Remaja maut motosikal terbabas

Advertisement
 

SIBU: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas malam tadi.

Remaja lelaki terbabit dikenali sebagai Henry Belaja dan berusia 16 tahun.

Kejadian malang itu dipercayai berlaku sekitar jam 8.30 malam di Jalan Sungai Bidut.

Mangsa dilaporkan datang dari arah Bukit Aup sebelum motosikal yang ditunggang hilang kawalan dan terbabas.

Mendiang yang berasal dari Rh George, Sungai Pelagus, Kapit kemudian dihantar ke Hospital Sibu dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 malam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, DSP Bingkok John mengesahkan kes itu ketika dihubungi hari ini.

Siasatan dijalankan di bawah 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 

  • oleh
  • Advertisement