Anda di sini

K’jaan komited banteras penyakit demam denggi

Advertisement

Meskipun telah diketahui bahayanya, tidak ramai melakukan langkah pencegahan bagi melindungi diri

KUCHING: Kerajaan negeri menerusi Jabatan Kesihatan Negeri komited membanteras penyakit demam denggi.

 Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, denggi bukan penyakit baharu.

 Meskipun telah diketahui bahayanya penyakit berkenaan, namun tidak ramai yang melakukan langkahlangkah pencegahan bagi melindungi diri daripadanya.

 “Kerajaan telah men jalankan pelbagai usaha bagi memerangi denggi antaranya, menjalankan operasi pemeriksaan tapak-tapak binaan, meningkatkan pelupusan sampah-sampah haram terutama di lokasi-lokasi kes dan wabak denggi serta banyak lagi usaha lain.

 “Bagaimanapun, usahausaha ini tidak akan dapat mencapai matlamat tanpa penglibatan daripada setiap lapisan masyarakat,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Gotong-Royong Mega Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Pusat Komersial Demak Laut di sini semalam.

 Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam) Dr Nordin Salleh mewakili Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim.

 Program tersebut merupakan siri kedua bagi tahun ini untuk memerangi aedes anjuran Jabatan Kesihatan Negeri bersama Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching dan Pejabat Residen Bahagian Kuching.

 Dalam pada itu, laporan situasi semasa demam denggi bagi tempoh bermula dari 1 Januari hingga 10 Disember 2017 menunjukkan penurunan kepada 920 kes berbanding 2,639 kes bagi tempoh yang sama 2016.

 Terdapat 10 kes daerah dengan peningkatan kes me- lebihi lima kes berbanding tempoh yang sama tahun 2016 iaitu daerah Bau (24 kes), Betong (22 kes), Serian (21 kes), Saratok (14 kes), Lawas (11 kes), Lundu (9 kes), Pakan (7 kes) Selangau (6 kes) dan Tatau (5 kes).

 Kawasan Pusat Komersial Demak Laut dalam pada itu, pernah diisytiharkan sebagai kawasan ‘hotspot’ Demam Denggi pada 2016 melibatkan 18 kes dengan jangka masa kawalan wabak selama 54 hari.

 Malah pada tahun ini, sekali lagi wabak telah diisytiharkan di lokaliti ini yang melibatkan empat kes wabak terkawal.

  • oleh
  • Advertisement