Anda di sini

Jambatan baharu rentas Sungai Rimbas dinamakan Jambatan Tandang Sari (VIDEO)

Advertisement

PUSA: Jambatan baharu merentasi Sungai Rimbas bagi menghubungkan Pekan Pusa Baru dan Kampung Pusa Lama hari ini dinamakan Jambatan Tandang Sari.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberikan nama itu bersempena sejarah Saribas.

Jambatan bernilai RM46.8 juta itu mula dibina pada 13 Jun 2013 dan disiapkan pada 15 Mei 2017.

Jambatan sepanjang 327 meter itu memendekkan perjalanan dari Pusa Lama ke Sarikei sejauh 30 km atau 30 minit perjalanan.

  • oleh
  • Advertisement