Anda di sini

Abang Johari lulus peruntukan RM5 juta bina gereja di Kapit

Advertisement
 Nanta (tiga kanan) membelek cenderamata yang diberikan kepadanya sambil disaksikan Kemarau (tiga kiri).
TERIMA KASIH: Nanta (tiga kanan) membelek cenderamata yang diberikan kepadanya sambil disaksikan Kemarau (tiga kiri).

KUCHING: Sebuah gereja Methodist akan dibina di Kapit dalam waktu terdekat ini, kata Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi.

 Beliau yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg telah meluluskan peruntukan RM5 juta bagi tujuan itu.

 “Ketika lawatan kerja pertama Abang Johari ke Kapit sebagai Ketua Menteri, saya memaklumkan kepadanya yang kita memerlukan RM3 juta untuk membina sebuah gereja besar di Kapit.

 “Sebelum beliau (Abang Johari) berucap di hadapan khalayak ramai di Dewan Suarah Kapit ketika itu, tanpa disangka, beliau memberitahu akan memperuntukkan RM5 juta bagi tujuan itu.

 “Maknanya kita mendapat peruntukan RM5 juta daripada kerajaan negeri untuk membina gereja Methodist di Kapit,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pra-Krismas anjuran Gereja Methodist Iban Kuching di Pusat Konvensyen Penview (PCC), di Demak Laut dekat sini malam kelmarin.

 Mengulas lanjut, Nanta berkata reka bentuk gereja itu telah dibuat dan beberapa perkara berkaitan akan diselesaikan bagi membolehkan ia dibina dalam waktu terdekat ini.

 Hadir sama Presiden Persidangan Tahunan Iban Sarawak (SIAC) Rev Steward Damat Ngambang, pengerusi penganjur Kaunselor Kamarau Entalai, Tuai Rumah Adi Jala serta ketua-ketua masyarakat lain.

Advertisement