Anda di sini

TMC permudah perkhidmatan kesihatan bagi penduduk Bau

Advertisement

BAU: Masyarakat di sekitar pasar Bau kini boleh menikmati perkhidmatan perubatan yang lebih baik selepas Klinik Perubatan Teddy (TMC) dibuka semalam.

Menurut Pengurus Besar TMC, Dr Sim Chap Hoong, klinik berkenaan menyediakan konsultasi berkaitan perubatan, pemeriksaan kesihatan serta rawatan luka.

Selain daripada itu, TMC juga menjual peralatan perubatan.

Dibuka semalam, TMC dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 1 petang dan 7 malam hingga 10 malam.

Advertisement