Anda di sini

Sarawak kekal kejuaraan bola tampar remaja B14

Advertisement

KUCHING: S a r awa k mengekalkan kejuaraan pada Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun Milo-Malaysia Ke-17 selepas menyapu bersih kategori lelaki dan perempuan pada kejohanan berlangsung di UiTM Skudai, Johor pada 5 Disember lepas.

 Dalam kategori lelaki, Sarawak membenam Selangor 3-0 pada aksi separuh akhir sebelum memastikan gelaran dengan menjinakkan juara bertahan Johor, 3-1 pada pertembungan final.

 Meskipun tewas 23-25 pada set pertama, Sarawak yang dibimbing Pengerusi Kejurulatihan Persatuan Bola Tampar Sarawak, Dato Moh Ung Ming bangkit menang dalam tiga set berturut-turut dengan 25-21, 25-15 dan 25-23.

 Tempat ketiga dan keempat dirangkul Selangor dan Pahang.

 Dalam kategori perempuan, Sarawak cemerlang dengan menggondol semua perlawanan di peringkat kelayakan.

 Pasukan itu juga tidak berdepan masalah mengatasi Johor pada aksi final dengan mencatat kemenangan 3-0 (25-13, 25-14, 25-21).

 Selangor dan Pahang masing- masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

 Sarawak turut membawa pulang gelaran tambahan apabila Benny Ling Siea Chun dan Cheryl Tie Tintin dinobat pemain paling bernilai selain menggondol anugerah perejam terbaik bagi kategori lelaki dan perempuan.

 Selain itu, tiga lagi pemain turut menerima anugerah iaitu Wan Aniq Wan Adannan (pengumpan terbaik), Ong Ker Nie (pengumpan terbaik) dan Vanessa Yong (penyangga terbaik).

 Manakala anugerah jurulatih lelaki dan perempuan terbaik milik Lee Ching Tuong dan Angela Tang Ling Hui.

Advertisement