Anda di sini

Pindaan ke atas Kanun Tanah Negeri akan diperhalusi

Advertisement
 Uggah berjabat tangan dengan ahli-ahli PBB N.33 Engkilili sebaik tiba bagi merasmikan mesyuarat perwakilan di Sri Aman semalam. — Gambar Abdul Hakim Bujang
MESRA: Uggah berjabat tangan dengan ahli-ahli PBB N.33 Engkilili sebaik tiba bagi merasmikan mesyuarat perwakilan di Sri Aman semalam. — Gambar Abdul Hakim Bujang

Jawatankuasa Khas NCR akan bincang dengan Peguam Besar Negeri selesai isu Pemakai Menoa dan Pulau Galau: Uggah

SRI AMAN: Jawatankuasa Khas Tanah Adat Bumiputera (NCR) akan mengadakan perbincangan dengan Peguam Besar Negeri bagi memperhalusi pindaan yang perlu dibuat ke atas Kanun Tanah Negeri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas juga pengerusi jawatankuasa tersebut berkata pindaan ke atas Kanun Tanah Negeri bagi menyelesaikan isu berkaitan Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

Pada Januari 2018 depan, Majlis Adat Istiadat juga akan mengadakan perjumpaan dengan semua ketua-ketua masyarakat Bumiputera mendapatkan pandangan serta persetujuan mengenai tafsiran ‘Pemakai Menoa’ dan ‘Pulau Galau’.

Malah jawatankuasa di bawah saya juga mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak sebelum ini di mana semua cadangan akan kita ambil kira dalam cadangan kita kepada kerajaan mengenai pindaan Kanun Tanah Negeri yang perlu dibuat,” katanya.

Beliau juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.33 Engkilili di sini semalam.

Terdahulu ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut, Uggah juga Timbalan Presiden PBB meminta semua ahli PBB di seluruh Sarawak memberi sokongan kepada usaha Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendapat kembali hak Sarawak terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri mengarahkan satu usul mengenai MA63 dibentang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas.

Malah beliau juga telah mendapat bukti-bukti sahih dari London mengenai hak-hak kita seperti dalam perjanjian asal MA63 yang mana telah terhakis.

Justeru saya meminta semua ahli PBB menyokong usaha beliau untuk mendapatkan kembali hak Sarawak seperti di dalam perjanjian asal MA63,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement