Anda di sini

‘Hari kemarahan’ tumpahkan darah

Advertisement
 Anggota polis sempadan rejim Israel menahan seorang pemuda Palestin yang merusuh di Pintu Damsyik selepas solat Jumaat di Kota Lama Baitulmaqdis, kelmarin. — Gambar Reuters
BERDEGIL DEMI HAK: Anggota polis sempadan rejim Israel menahan seorang pemuda Palestin yang merusuh di Pintu Damsyik selepas solat Jumaat di Kota Lama Baitulmaqdis, kelmarin. — Gambar Reuters

Empat terbunuh saat rejim Israel lerai keras protes di Baitulmaqdis, bedil Gaza

BAITULMAQDIS: Pertempuran, serangan roket Palestin dan serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya empat pemuda Palest in dan mencederakan beberapa orang lagi kelmarin dalam keganasan yang dikaitkan dengan deklarasi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai Baitulmaqdis sebagai ‘ibu negara’ Israel.

 Dalam kegagalan diplomatik terbaharu, AS terasing ketika satu demi satu rakan anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik keputusan Trump dalam mesyuarat tergempar badan dunia itu.

 Selepas bantahan sehari dan pertempuran di Baitulmaqdis serta wilayah Palestin, sekurang-kurangnya tiga roket telah ditembak ke arah Tel Aviv dari Semenanjung Gaza, satu daripadanya ditembak jatuh sistem antimisil Iron Dome, menurut rejim.

 Satu lagi kelihatan jatuh di kawasan tapak buangan namun yang ketiga mendarat di selatan Tel Aviv di bandar Sderot walaupun radio awam Israel menyatakan roket itu tidak meletup dan tidak menyebabkan sebarang kematian atau kecederaan.

 Selepas dua roket pertama, Israel melancarkan serangan udara ke atas buah fasiliti tentera Hamas di Semenanjung Gaza.

 Serangan udara rejim ke atas pangkalan Gaza sayap tentera Hamas membunuh dua orang dan mencederakan 14 lagi semalam, menurut pegawai kesihatan di wilayah itu.

 Serangan ke atas pangkalan di Nus s e i r a t , t eng a h Semenanjung Gaza, antara beberapa serangan pada awal pagi semalam dan kementerian kesihatan Gaza menamakan mereka sebagai Abdullah al-Atal, 28, dan Mohammed al-Safdi, 30.

 Ia berkata, mayat mereka ditemui hanya beberapa jam selepas serangan sebelum subuh itu susulan tiga serangan roket pada malam Jumaat ke selatan Tel Aviv.

 Rejim Israel mendakwa, jet pejuang mereka menyasari empat pusat Hamas di Semenanjung Gaza iaitu dua tapak pengeluaran senjata, satu gudang senjata dan satu kompleks tentera.

 “Di setiap sasaran, beberapa komponen telah dibom,” tambahnya.

 Awal hari tersebut, dua rakyat Palestin terkorban dalam pertempuran dengan pasukan tentera Israel di sepanjang pagar yang memisahkan Semenanjung Gaza, kematian pertama dalam bantahan mengenai keputusan Trump.

 Beberapa lagi tercedera akibat peluru getah atau bedi l an hidup da l am pertempuran di Tebing Barat yang ditakluki, Semenanjung Gaza dan Baitulmaqdis selepas solat Jumaat.

 Sama ada keganasan akan terus menular di beberapa wilayah Palestin dan di tempat lain sedang diawasi dengan ketat, dengan kelmarin menandakan hari kedua ketegangan.

 Puluhan ribu turut mengadakan bantahan di beberapa negara Islam dan Arab, termasuk Jordan, Turki dan Malaysia, selain solat Jumaat di hadapan Rumah Putih.

 Tatkala keputusan Trump mendapat kecaman sejagat, AS disisihkan ketika sesi Majlis Keselamatan di New York bersidang di mana lima negara Eropah menegaskan polisi baharu AS tidak konsisten dengan resolusi lalu PBB, termasuk perkara yang mempertimbangkan bahagian timur Baitulmaqdis sebagai ditakluki rejim Israel.

 Mesyuarat itu dihadiri lapan daripada 14 negara anggota bukan AS dalam majlis itu namun kebanyakannya s imbol ik kerana t iada undian bagi resolusi telah dirancangkan kerana AS mempunyai kuasa veto.

 Presiden Palestin Mahmud Abbas membangki tkan kebimbangan antarabangsa, menurut kenyataan agensi be r i t a r a smi Pa l e s t i n WAFA.

 Pergerakan Hamas yang menguruskan Semenanjung Ga z a , meny e ru ‘ha r i kemarahan’ dan pemimpinnya Ismail Haniya menuntut permulaan ‘intifada’ atau kebangkitan baharu.

 Rejim Israel menyatakan kira-kira 4,500 rakyat Palestin terlibat dalam rusuhan ganas di sepanjang sempadan Gaza- Israel.

 Ia menyatakan bahawa anggot a t ent e r a t e l a h menembak beberapa ‘ketua kumpulan’ gangguan di sepanjang sempadan, namun tidak menjelaskan jumlah yang tercedera.

 Di Tebing Barat, ribuan r akya t Pa l e s t in turut mengambil bahagian dalam rusuhan bingit di seluruh wilayah, dengan 28 rakyat Palestin ditangkap dan kirakira 65 tercedera, menurut pihak tentera.

 — AFP

Advertisement