Anda di sini

Kes buang bayi: Ibu 12 tahun dibebas

Advertisement
 

SIBU: Budak perempuan yang ditahan kerana menyembunyikan kelahiran serta membuang bayinya dibebaskan dengan jaminan polis.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Sibu, Superitenden Martin Khoo semasa dihubungi petang tadi.

Katanya, teman lelaki suspek yang berusia 15 tahun bagaimanapun masih dalam tahanan polis bagi membantu siasatan lanjut.

"Suspek direman lima hari sehingga 11 Disember ini," katanya.

Sementara itu, bayi lelaki tersebut kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKS).


Ibu bayi, 12 tahun telah ditahan polis pada jam 10 pagi semalam manakala kekasihnya ditahan sekitar jam 3 petang pada hari yang sama.

  • oleh
  • Advertisement