Anda di sini

Pendidikan kunci kehidupan lebih baik

Advertisement
 Murid SK Nanga Kara di Julau meraikan keputusan UPSR mereka baru-baru ini. SK Nanga Kara adalah sebahagian daripada peserta Program Peningkatan Sekolah iM Sarawak.
PERMULAAN BAHAHU: Murid SK Nanga Kara di Julau meraikan keputusan UPSR mereka baru-baru ini. SK Nanga Kara adalah sebahagian daripada peserta Program Peningkatan Sekolah iM Sarawak.

KUCHING: Pendidikan yang baik adalah kunci kepada kehidupan lebih baik meskipun terpaksa berjauhan dari keluarga demi menimba ilmu, khususnya bagi murid sekolah rendah di pedalaman Sarawak.

Pengerusi Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak Datuk Joseph Salang Gandum berkata, walaupun ia kelihatan menggentarkan, namun cabaran itu akan membuka pintu kepada peluang serta pengalaman berharga.

Ramai antara anda akan menghadapi cabaran meninggalkan keluarga buat kali pertama. Namun yang lain, mungkin telah tinggal jauh dari rumah, tetapi sekarang perlu bergerak lebih jauh demi melanjutkan pendidikan.

Saya tahu perubahan ini mungkin kelihatan menakutkan, tetapi saya memberi jaminan bahawa ia merupakan jalan ke masa depan yang lebih baik,” katanya ketika berucap di hadapan murid di pedalaman Sarawak selepas keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) keluar, baru-baru ini.

Salang yang juga Ahli Parlimen Julau berkata, seperti kebanyakan murid lain, beliau juga tinggal di asrama sejak darjah di Bintangor dan hanya berjumpa dengan keluarga pada hujung minggu.

Selepas tamat tingkatan lima katanya, beliau meninggalkan Bintangor untuk melanjutkan pelajaran di tingkatan enam di Miri sebelum ke luar negara untuk pengajian lebih tinggi di universiti serta sarjana.

Meskipun berjauhan dari rumah, ia merupakan satu perkara yang sukar katanya, ia merupakan aspek penting dalam membina asas kepada kejayaan dikecapinya hari ini.

Beliau menambah, pengalaman itu mendedahkan cara pemikiran yang baharu dan menunjukkan kejayaan itu pasti sekiranya seseorang berusaha gigih untuk mencapainya.

Advertisement