Anda di sini

Tiada kompromi penjawat awam tidak daftar pengundi: Idris

Advertisement

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idrin Haron semalam memberi peringatan kepada penjawat awam negeri itu yang belum mendaftar sebagai pemilih agar berbuat demikian secepat mungkin.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap mereka yang gagal mendaftar sebagai pengundi memandangkan ia juga sebahagian daripada tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Saya boleh terima alasan yang diberikan oleh orang awam kenapa mereka masih belum mendaftar namun tidak ada alasan untuk penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan yang masih belum berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka anjuran Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, di sini semalam.

Beliau berkata bagai-manapun maklumat terkini menunjukkan hanya enam penjawat awam di negeri itu yang belum berdaftar.

Idris turut mengucapkan tahniah kepada Pejabat Pili-han Raya Negeri Melaka yang berjaya menjadikan negeri itu antara yang paling rancak dalam pendaftaran pengundi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka Haelmy Mohd Hanifah berkata  Melaka antara ne-geri yang cemerlang dalam pendaftaran pengundi bagi penjawat awam.

Beliau juga berkata jumlah mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi juga adalah yang terendah iaitu sekitar 69,000 orang.

Beliau turut menasihati orang ramai yang layak men-daftar agar segera berbuat demikian kerana mereka masih berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 sekiranya PRU itu dibuat tahun depan.

Proses pendaftaran peng-undi tidak mengambil masa yang lama iaitu selama lebih kurang dua minit dan mereka yang masih belum mendaftar boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pejabat pos di seluruh negara,” katanya.

Berdasarkan laman web rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka, seramai 486,593  pengundi telah diwartakan pada suku kedua 2017 iaitu setakat 25 Ogos 2017. — Bernama

Advertisement