Anda di sini

Kontraktor sambil lewa akan disenarai hitam: Hishammuddin

Advertisement

Kerajaan tidak berkompromi isu ini, terutama berkaitan kebajikan pegawai, anggota, keluarga, veteran tentera

 Hishammuddin melawat salah seorang pesara ATM yang menjalani rawatan dialisis di Kem Penrissen.
PRIHATIN: Hishammuddin melawat salah seorang pesara ATM yang menjalani rawatan dialisis di Kem Penrissen.

KUCHING: Syarikat dan kontraktor yang didapati bersikap sambil lewa dalam melaksanakan projek kemudahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal berdepan tindakan disenarai hitam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan, lebih-lebih lagi berhubung kait dengan kebajikan pegawai dan anggota tentera, termasuk keluarga mereka serta veteran ATM.

Selagi saya Menteri Pertahanan, saya serius dalam melaksanakan segala perancangan, hala tuju dan agenda kita.

Jadi sekiranya atas kertas nampak baik tapi bila kita turun ke bawah, ia nampak tidak seperti apa yang kita harapkan, maka kita kena betulkan.

Saya tidak berkompromi dalam hal ini dan mana-mana syarikat yang tidak meme-nuhi janji mereka akan saya arahkan supaya semuanya disenaraihitamkan, jangan harap mereka dapat projek lain daripada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas mengadakan lawatan mengejut ke tapak pembinaan Poliklinik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Program Jelajah Perkasa Perwira di Kem Penrissen di sini, semalam.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar dan Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil.

Terdahulu, Hishammuddin kecewa melihat pelaksanaan pembinaan Poliklinik ATM di Kem Penrissen yang meng-alami kelewatan disebabkan sikap sambil lewa kontraktor.

Katanya projek tersebut sepatutnya mula dilaksanakan pada tiga atau empat bulan lalu tetapi sehingga hari ini, langsung belum kelihatan kerja-kerja pembinaan dijalankan.

Projek pembinaan Poli-klinik ATM di Kem Penrissen menelan kos sebanyak kira-kira RM31 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada 2019.

  • oleh
  • Advertisement