Anda di sini

Kebajikan anggota, keluarga dan veteran ATM akan terus dibela

Advertisement

KUCHING: Kebajikan anggota serta keluarga mereka, termasuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negeri ini akan terus dibela khususnya berkaitan aspek kesihatan dan perubatan serta perumahan.

Justeru, sebuah poliklinik baharu kini sedang dibina di Kem Penrissen di sini bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, projek pembinaan poli-klinik tersebut di tapak seluas 180 ekar dalam Kem Penrissen menelan kos kira-kira RM31 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada 2019.

Perkhidmatan poliklinik baharu itu bakal meliputi perkhidmatan klinik tentera, perkhidmatan kesihatan keluarga, perkhidmatan unit kecemasan, dewan bedah, wad pesakit dalam, hemodialisis, unit rehabilitasi, perkhidmatan pergigian dan perkhidmatan ke-sihatan awam.

Manakala kemudahan sokongan perubatan adalah seperti stor hadapan perubatan, farmasi, pengimejan (X-Ray), makmal dan Central Sterile Services Department (CSSD),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan mengejut ke tapak pembinaan Poliklinik ATM Kem Penrissen, semalam sempena Program Jelajah Perkasa Perwira yang bermula bulan ini.

Hishammuddin menambah, pembinaan Poliklinik Kem Penrissen merupakan perintis kepada lima projek poliklinik baharu yang dirancang dibina di kem-kem ATM di seluruh negara.

Tambah beliau, ia bertepatan dengan hasrat ATM untuk menaik taraf Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) utama dan Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) di se-luruh negara.

Selain Kem Penrissen, empat lagi poliklinik baharu akan dibina secara berperingkat di kem-kem ATM di seluruh negara iaitu Kluang (Johor), Seberang Takir (Terengganu), Kuantan (Pahang) dan Sungai Petani (Kedah).

Sementara itu, Hishammuddin berkata kementeriannya juga sedang melaksanakan projek Rumah Ke- luarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Penrissen untuk membolehkan lebih ramai anggota ATM serta keluarga mereka berpeluang mendiami kediaman yang lebih kondusif, lengkap dan selamat.

Katanya, projek menaik taraf dan membaik pulih itu akan membabitkan 20 Blok Kelas G yang melibatkan sebanyak 240 unit dan bakal dimanfaatkan seramai 240 orang anggota bersama dengan ahli keluarga mereka.

Advertisement