Anda di sini

CCRIS bukan sistem senarai hitam daripada BNM

Advertisement

KUCHING: Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau CCRIS bukan sistem senarai hitam daripada Bank Negara Malaysia (BNM) sebaliknya laporan kredit penuh peminjam yang melakukan pinjaman dengan institusi-institusi kewangan di bawah seliaan BNM.

Ketua BNM Pejabat Kuching Rosnani Mohamad Zain berkata CCRIS merupakan sistem yang mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan di bawah selian BNM.

Tambahnya, CCRIS merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan di bawah seliaan BNM memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka.

CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam, kadang-kadang orang salah faham. Ia satu laporan kredit yang membolehkan kita melihat semua kredit pinjaman yang dibuat peminjam.

Pendek kata ia adalah satu laporan lengkap berapa banyak jumlah pinjaman yang kita sudah buat dan status bayaran balik.

Asalkan kita membuat pinjaman tidak kira pinjaman peribadi, perumahan atau kereta dengan institusi kewangan di bawah selian BNM, secara automatik, nama kita akan ada di dalam CCRIS termasuk pinjaman Perbandanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Utusan Borneo di pejabat BNM Kuching di sini semalam.

Menurut Rosnani, salah faham mengenai CCRIS timbul apabila institusi kewangan menolak permohonan pinjaman pemohon kerana dalam laporan kredit penuh itu, tertera pemohon mempunyai banyak pinjaman dan status lambat bayar atau rekod bayar balik tidak memuaskan.

Secara tidak langsung pemohon beranggapan CCRIS adalah penyebab beliau tidak berjaya mendapat pinjaman atau nama-nya telah disenaraihitamkan,” ujarnya.

Rosnani memberitahu, rasio-nalnya CCRIS ialah BNM mahu membantu pemohon mengurus kewangan dengan baik dan mengelak mereka dibebani hutang yang akhirnya membawa kepada muflis.

Katakan pemohon sudah ada pinjaman yang banyak dan ada masalah untuk menjelaskan pinjaman, tetapi hendak lagi membuat pinjaman, tak bolehlah kan?

Ini kerana tahap kemampuan membayar balik pinjaman adalah berisiko kepada bank atau institusi kewangan yang memberi pinjaman, peminjam tidak mampu membayar balik, sebab itu bank perlu membuat sedikit penilaian.

Maka yang jelas, CCRIS mahu melindungi peminjam, pada masa sama memberi kesedaran pen-tingnya pengurusan kewangan yang teratur,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau menggalakkan orang ramai mendapat-kan salinan CCRIS masing-ma-sing yang boleh dicetak di kiosk ditempatkan di BNM Pejabat Kuching di Jalan Satok di sini semasa waktu pejabat.

Orang ramai juga katanya, boleh mendapatkan laporan kre-dit penuh atau salinan CCRIS mereka di Karnival Kewangan Sarawak (KKS) 2017 yang akan diadakan pada 24 hingga 26 November ini di pusat beli-belah CityOne di sini.

Advertisement