Anda di sini

500 orang menjayakan simulasi banjir bagi hadapi gelombang kedua banjir

Advertisement
 Mussen bersama Dr Rayong, Nyalau, Abang Shamsudin, Azman, Zulkifli, Richard, Brin, Bujang, penghulu, kaunselor bergambar bersama agensi kerajaan serta peserta simulasi banjir di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa, Skim Skrang semalam.
UNTUK ALBUM: Mussen bersama Dr Rayong, Nyalau, Abang Shamsudin, Azman, Zulkifli, Richard, Brin, Bujang, penghulu, kaunselor bergambar bersama agensi kerajaan serta peserta simulasi banjir di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa, Skim Skrang semalam.

KUCHING: Hampir 500 orang telah menjayakan simulasi banjir sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku sekitar bulan November dan Disember tahun ini.

Latihan dan Simulasi Pengurusan Bantuan Bencana Peringkat Negeri Sarawak tersebut telah diadakan di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa sebagai pusat pemindahan mangsa banjir, anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak bersama agensi kerajaan relevan.

Dirasmikan oleh Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Malcom Mussen Lamoh yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, beliau berkata latihan tersebut amat perlu sebagai persiapan menghadapi musibah banjir yang dijangka melanda negeri ini bila-bila masa.

Kita tidak dapat menjangka berlaku bencana dengan tepat namun bagi meminimumkan kesannya kita harus melakukan sedikit kajian seterusnya membuat persediaan supaya rakyat yang terlibat tidak banyak berhadapan kesulitan,” katanya.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai itu lagi, pemilihan Dewan Dr Johnical Rayong sebagai pusat pemindahan mangsa banjir tepat kerana lokasinya di tengah-tengah kawasan yang kerap dilanda banjir.

Malah saya turut difahamkan oleh rakan saya Dr Rayong bahawa dewan ini pernah menjadi pusat pemindahan mangsa banjir pada bulan September lalu membabitkan penghuni Rumah Lembu dari Entalun, Ulu Skrang,” katanya dan berharap lebih banyak kemudahan dapat disediakan di dewan ini oleh agensi terlibat untuk keselesaan mangsa banjir kelak.

Dalam pada itu, objektif simulasi bagi memantapkan kerjasama strategik JKMS dengan semua pihak terutama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian dan Daerah, agensi-agensi penyelamat mangsa bencana, agensi menyediakan perkhidmatan perubatan, kebersihan, kemudahan awam, kawalan lalu lintas dan kaunseling yang terdapat di pusat pemindahan mangsa bencana.

Di samping itu, memantapkan hubungan dengan jawatankuasa pengurusan pusat pemindahan (PP), pemimpin dan komuniti setempat serta para sukarelawan terlibat kerja-kerja memindah di lapangan serta dalam dewan.

Ia juga memastikan semua pihak terlibat dalam latihan mendapat pengalaman bertindak pantas dan seterusnya sentiasa bersiapsiaga menghadapi bencana yang berlaku tanpa diduga.

Ia juga memberi pemahaman dan kesedaran kepada Jawatankuasa Pengurusan Pusat Pemindahan dan komuniti setempat mengenai peranan dan tanggungjawab mereka menyumbang dan bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Bahagian dan Negeri diketuai Uggah selaku pengerusi,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak, ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa, Pengarah JKMS Abang Shamsudin Abang Seruji, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM Azman Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pusat Operasi JKM Zulkifli Ismail, Pegawai Daerah Lubok Antu Richard Ngumbang, SAO Brin Munsang, wakil JKR Sri Aman Bujang Kanang, wakil agensi-agensi kerajaan, penghulu, kaunselor, kapitan dan tuai-tuai rumah serta peserta simulasi mangsa banjir.

  • oleh
  • Advertisement