Anda di sini

18 murid SK Empila sertai klinik pembangunan sukan ragbi SHOAW

Advertisement

KUCHING: Seramai 18 murid- murid tahun empat dan lima termasuk dua guru dari SK Empila, Kota Samarahan mendapat manfaat penganjuran Klinik Pembangunan Ragbi dikendalikan oleh SMK Agama Sheikh Othman Wahab (SHOAW) di padang ragbi sekolah tersebut.

 Guru SK Empila, Mohamad Syahril Ben berkata muridmuridnya belajar banyak pengetahuan berguna daripada pengendali klinik tersebut, Zulkaranainhisham Sarbini yang merupakan ketua jurulatih ragbi SMK SHOAW.

 “Klinik tersebut sebagai persiapan menghadapi kejohanan seterusnya termasuk memberi peluang kepada guru-guru memperolehi kemahiran kejurulatihan daripada Zulkaranainhisham serta mengeratkan hubungan antara kedua-dua sekolah dalam sukan ragbi,” kata Syahril merupakan penasihat kelab ragbi SK Empila.

 Antara aktiviti sepanjang klinik itu seperti taklimat oleh Penolong Kanan (Kokurikulum) SMK SHOAW, Annur Kiprawi, klinik ragbi bersama skuad bawah 15 tahun SMK SHOAW dan perlawanan persahabatan antara SK Empila dan skuad bawah 14 tahun SMK SHOAW.

 Dalam pada itu, Zulkaranainhisham melahirkan rasa gembira dengan pendekatan proaktif Syahril sambil berharap program tersebut diteruskan setiap tahun.

 Turut hadir Penolong Kanan (Kokurikulum) SK Empila, Bakerya Sedik.

Advertisement