Anda di sini

10 peratus sekolah menengah disasar sertai PIMA tahun depan

Advertisement

70 peratus masa pembelajaran dalam industri, 30 peratus dalam kelas

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menyasarkan 10 peratus daripada 2,048 sekolah menengah di seluruh negara menyertai program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) tahun depan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementerian telah mengenal pasti sekolah dan industri yang berminat untuk me-nyertainya.

PIMA hanya untuk tingkatan empat dan lima yang cenderung dalam bidang vokasional dan industri yang mengambil bahagian perlu dalam jarak lima kilometer dari sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak dan Ekspo Kepimpinan Bett Asia di sini semalam.

PIMA bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran vokasional sejajar dengan permintaan industri.

Satu projek perintis pada masa ini sedang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh, Selangor.

Dilaporkan bahawa me-lalui PIMA, para pelajar akan menghabiskan 70 peratus masa pembelajaran mereka dalam industri, dan hanya 30 peratus dalam kelas.

Bett Asia, satu acara tek-nologi pendidikan terke-muka, menyatukan lebih 1,700 pembuat dasar pendidikan, pemimpin dan pakar dari seluruh dunia untuk membincangkan transformasi pendidikan dan mene-mukan inovasi yang boleh memberi inspirasi kepada perubahan.

Dengan sokongan Kementerian Pendidikan, acara pada 15 hingga 16 Nov ini bertujuan untuk mende-dahkan para pendidik di rantau ini dengan produk dan idea pendidikan yang canggih dalam meningkatkan pem-belajaran. — Bernama

Advertisement