Anda di sini

Kemudahan Kampung Tanpa Wayar di Bukit Begunan perlu dinaik taraf

Advertisement

KUCHING: Kemudahan Kampung Tanpa Wayar di konstituensi Bukit Begunan perlu dinaik taraf dan diaktifkan semula kerana banyak daripadanya tidak lagi berfungsi. Datuk Mong Dagang (BN-Bukit Begunan) berkata program Kampung Tanpa Wayar sepatutnya menyediakan kemudahan akses Internet yang baik kepada komuniti di kampung mahupun luar bandar.

“Malangnya, banyak daripada kemudahan ini (Kampung Tanpa Wayar) atasa sebab-sebab tertentu tidak berfungsi lagi.

“Oleh itu saya mencadangkan sama ada ia dapat dilakukan, agar kerajaan menaik taraf dan mengaktif semula kemudahan ini.

“Ini merupakan langkah untuk mendidik penduduk luar bandar mengenai pembangunan teknologi baharu,” katanya ketika membahas Bajet Negeri 2018 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Beliau percaya dengan me-naik taraf kemudahan itu, penduduk luar bandar tidak akan ketinggalan daripada pembangunan ekonomi digi-tal yang sedang dibangunkan di negeri ini.

Katanya kejayaan pembangunan teknologi baharu bergantung kepada pelaksanaan dan pemahaman serta penerimaan rakyat.

Kerajaan ujarnya, perlu mendidik rakyat terutama penduduk luar bandar kerana mereka perlu tahu cara menggunakan teknologi komunikasi untuk meningkatkan pendapatan menerusi ekonomi digital.

“Kerajaan negeri memperkenalkan ‘Sarawak Pay’ dan ia merupakan langkah pertama penghijrahan ke ekonomi digital dan akhirnya mewujudkan masyarakat tanpa tunai, di mana pembayaran bil-bil utiliti misalnya dilakukan menerusi aplikasi telefon pintar.

“Lembaga Multimedia Sarawak (LMS) yang baharu diluluskan Dewan juga untuk memudahkan pembangunan dan pelaksanaan ekonomi digital,” ujarnya.

Menyentuh isu lain, Mong berkata 10 rumah panjang di Banting, Sri Aman yang hanya diakses melalui jalan air dari Lingga ke Pantu, masih belum menikmati bekalan air bersih.

Katanya pada 2005/2006, kerajaan membina loji rawatan air di Banding melibatkan pemasangan batang paip sepanjang empat kilometer dari Langgir, kawasan taku-ngan air, loji rawatan air dan kuarters staf.

“Saya difahamkan pada 2006, penduduk di Banting membayar deposit meter air kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman. Ketika itu, kerja-kerja pemasangan di bawah bidang kuasa JKR.

“Malangnya, projek loji rawatan air ini tidak pernah beroperasi. Ia seperti projek gajah putih,” katanya.

Menurutnya perkara itu telah banyak kali dipanjangkan kepada pengetahuan pihak berwajib di Sri Aman, tetapi sehingga semalam, tidak ada tindakan susulan diambil atau langkah diambil bagi mengkaji semula projek berkenaan.

Advertisement