Anda di sini

Sistem pendigitalan aset dan operasi polis menurunkan kadar jenayah

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan sistem pendigitalan aset dan operasi dalam kepolisan moden untuk menambah baik kecekapan membanteras jenayah, dan kadar jenayah disasarkan turun sebanyak 53.2 peratus  me-lalui pemasangan peralatan canggih sistem itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem pendigitalan  aset dan ope-rasi polis itu juga bertujuan menjaga keselamatan awam di negara ini.

“Kalau kita lihat persepsi rakyat tidak mencapai 47 peratus dalam perkara ini dan masyarakat sebenarnya perlu memberi kepercayaan dengan keupayaan dan aset polis dalam pembanterasan jenayah dan menjaga ketenteraman awam dalam negara,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Hari Inovasi Huawei Asia-Pasifik 2017 di sini semalam.

Sistem pendigitalan itu termasuk pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup Pengesanan Automatik Berdefinisi Tinggi secara berperingkat dalam tempoh dua tahun.

Menerusi pembuktian konsep (POC) yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama dua bulan, Ahmad Zahid berkata seba-nyak 200 kawasan titik panas telah dikenal pasti melibatkan tiga kategori iaitu pelakuan jenayah kerap, pengedaran dan penagihan dadah serta kawasan kemalangan jalan raya.

“(Menerusi) Tracking HD CCTV, sebarang pelakuan jenayah akan dipantau dan diikuti oleh kamera untuk menjejaki penjenayah mengikut piawaian antarabangsa.      

“CCTV sedia ada boleh rakam gambar tetapi tidak boleh ikut orang pergi mana tetapi CCTV baharu  ini boleh ikut (jejak),” katanya

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ketika ini PEMANDU sedang menunggu laporan POC daripada PDRM, sebelum agensi itu melihat kepada penggunaan tek-nologi dan pakej kewangan sederhana dan berjangka panjang.

Beliau berkata PEMANDU akan menimbangkan kelulusan pemasangan kombinasi, kompleks perniagaan serta agensi-agensi lain agar peralatan digital canggih itu tidak hanya digunakan oleh satu pihak tetapi boleh dikongsi bersama.

“Ia memerlukan pelaburan tinggi tetapi ada penyelesaian pembelian perkakasan itu mengikut tempoh perkhidmatan lebih 15 tahun mengikut teknologi sedia ada, tetapi jika ia berubah perlu diteliti menaik taraf atau menukar peralatan,” katanya. — Bernama

Advertisement