Anda di sini

Bukit Tangki bakal menjadi trek utama sukan berbasikal

Advertisement
 Hasbi (enam kanan) melakukan pelepasan peserta Cabaran Berbasikal di Kampung Pahlawan semalam.
CABARAN BORNEO: Hasbi (enam kanan) melakukan pelepasan peserta Cabaran Berbasikal di Kampung Pahlawan semalam.

LIMBANG: Bukit Tangki Kampung Pahlawan Limbang bakal menjadi venue dan trek utama sukan berbasikal seborneo, satu lagi sukan diperkenalkan pertama kalinya di utara negeri ini.

 Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah berkata dalam usaha mengangkat sukan berbasikal di utara negeri ini, Kementerian Belia dan Sukan perlu membawa pakar sukan berbasikal bagi menilai trek itu dari segi keselamatan dan sebagainya.

 Katanya, bentuk landskap dan persekitaran Bukit Tangki yang mencabar dan unik mampu menjadikan Cabaran Berbasikal Seborneo Fun Ride satu lagi sukan popular mampu diketengahkan di peringkat negeri dan kebangsaan.

 “Kementerian Belia dan Sukan, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini diminta tampil dengan pakar-pakar sukan berbasikal menilai trek basikal dari segi keselamatan.

 “Dengan cara ini, trek sukan berbasikan boleh dibangunkan dari segi prasarana sukan dan sebagainya,” katanya melakukan pelepasan peserta Cabaran Berbasikal Borneo Bukit Tangki Kampung Pahlawan, di sini TAHNIAH: Abdul Wahab bersama pemenang selepas berakhir saingan SIMBC 2017 di Kuching semalam.

 Cabaran Berbasikal Borneo Bukit Tangki Kampung Pahlawan anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ABC Club, JKKK Kampung Pahlawan dan pihak berkaitan dihadiri Walikota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, Pegawai JKM Bahagian Limbang Haslinda Supu, Pengerusi Kelab ABC Tarmizi Wahab, Penghulu Abu Tinggal dan Ketua Kampung Pahlawan, Bongsu Tambah.

 Hasbi optimis menjadi ikon sukan di Limbang jika dipromosikan secara meluas kerana mendapat sambutan dan penyertaan dari wilayah serumpun.

 Katanya, berdasarkan sambutan memberangsangkan sukan itu akan diadakan secara berterusan pada masa depan di sini.

 Pelbagai aktiviti diadakan termasuk senam aerodance Kelab Kecergasan Dinamik Limbang diketuai Saeif Goh dan Saief Adieq dan cabutan nama bertuah.

 Seramai 100 peserta dari Limbang, Lawas, Brunei, Bekenu dan Kota Kinabalu menyertai program itu.

Advertisement