Anda di sini

KR1M 2.0 sasar jual 100 produk SKU

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan kira-kira 100 jenis produk unit simpanan stok (SKU), termasuk produk berjenama, dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M 2.0).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sasaran itu dijangka dapat dicapai menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan bersama syarikat multinasional dan syarikat perusahaan kecil dan sederhana.

Sekurang-kurangnya 50 jenis produk yang akan dijual di KR1M 2.0 adalah barangan yang dapat kerjasama dengan syarikat multinasional seperti Nestle dan Coca-Cola.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) di Dewan Rakyat semalam, yang ingin tahu jaminan kementerian bahawa KR1M 2.0 akan memberi lebih banyak pilihan produk pada harga lebih murah daripada pasaran. — Bernama

Advertisement