Anda di sini

Sarawak Pay dijangka lancar November

Advertisement

KUCHING: Rakyat Sarawak tidak perlu lagi membayar bil secara tunai kepada kerajaan tidak lama lagi, apabila aplikasi e-wallet iaitu Sarawak Pay dijangka dilancarkan pada November ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari (gambar) berkata ia memandangkan cadangan membangunkan aplikasi pembayaran melibatkan perkhidmatan kerajaan dan rakyat secara digital itu telah dilulus Bank Negara.

 

“Dengan Sarawak Pay, rakyat Sarawak boleh membayar perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti bil elektrik, bil air dan sebagainya dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka.

“Kita harap dapat melancarkan aplikasi ini dalam bulan depan,” katanya berucap pada majlis pelancaran Saradise Kuching di sini, malam tadi.

Selain itu, Abang Johari juga merancang untuk menghubungkan Sarawak Pay dengan pembayaran Ali Baba.

“Dengan itu orang ramai boleh membuat urusan jual beli dengan pedagang China,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement