Anda di sini

SABERKAS akan bekerjasama dengan TEGAS bangunkan ekosistem digital

Advertisement

KUCHING: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) akan menjalin kerjasama strategik dengan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) untuk membangunkan ekosistem digital.

Setiausaha Agung SABERKAS Abdullah Saidol berkata ia adalah antara perancangan hala tuju SABERKAS bagi memperluaskan lagi khususnya Hab Inovasi Digital TEGAS bagi manfaat para belia di seluruh negeri ini.

“SABERKAS tidak mahu ketinggalan dalam apa yang dirancang dalam Hab Inovasi Digital TEGAS dan kita mahu terlibat secara langsung dalam menyediakan ekosistem digi-tal seperti yang diilhamkan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg),” katanya.

Abdullah yang juga setia-usaha TEGAS menyatakan demikian pada penyerahan tugas antara beliau dan bekas Setiausaha Agung SABERKAS yang kini Naib Presiden SABERKAS Dr Abdul Rahman Junaidi di pejabat SABERKAS di sini, semalam.

Selain itu, Abdullah yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Korporat mahu menjadikan SABERKAS sebagai duta perpaduan di negeri ini, sejajar dengan keahliannya yang majmuk.

“Saya mahu membawa aktiviti ke arah perpaduan kerana saya melihat sejak akhir-akhir ini menerusi pengaruh media sosial, banyak suasana ditimbulkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dengan mewujudkan prasangka dan fitnah, yang hampir tidak terkawal.

“Oleh itu, kita harus me-lahirkan para belia yang mempunyai semangat perpaduan serta jiwa dan akal yang sentiasa tertanam semangat bencikan perkauman, bencikan orang yang sentiasa membawa prasangka dan fitnah,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga berhasrat  memperkasa-kan aktiviti SABERKAS ke arah kebudayaan seperti menerusi bidang teater dan sebagainya.

Dalam pada itu, Abdullah yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri berkata SABERKAS akan bekerja-sama dengan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi serta Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan kerana kedua-dua kementerian itu berkaitan dengan belia.

Beliau menambah, antara aspirasinya adalah untuk merapatkan silaturahim antara belia desa dan ban-dar.

“Saya mahu belia di bandar memahami kehidupan belia di desa manakala belia di desa akan belajar untuk bersifat kompetitif dan lebih terbuka serta bersikap bersaing seperti belia di bandar dalam pelbagai bidang, karier, peluang perniagaan dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, atas mandat Abang Johari yang juga merupakan presiden SABERKAS, Abdullah turut mengumumkan tiga nama yang dilantik sebagai tambahan Naib Presiden SABERKAS iaitu ADUN Belaga Liwan Lagang, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting dan ADUN Kedup Martin Ben.

Advertisement