Anda di sini

Penganggur dicekup sembunyi dadah

Advertisement
 Syabu dirampas daripada suspek.
RAMPAS: Syabu dirampas daripada suspek.

LIMBANG: Tindakan seorang penganggur menyembunyikan dadah jenis syabu di sebuah rumah di Perumahan Ranggau terbongkar dalam Ops Tapis di sini.

Suspek yang berusia 26 tahun itu ditahan jam 12.30 tengah hari Jumaat lalu dan polis menemui satu tiub straw berisi dadah jenis syabu diletakkan di ruang tamu rumah terbabit seberat 0.10 gram bernilai RM20.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata seorang lagi penganggur berusia 37 tahun dari Batu Biah turut diberkas di lokasi sama jam 1.45 petang.

“Kedua-dua suspek positif Amphetamine dan Methampetamine hasil saringan awal air kencing dilakukan terhadap mereka,” katanya di sini semalam.

Operasi dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Limbang.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Advertisement