Anda di sini

100 peserta teruja kehadiran angkasawan negara, Dr Faiz

Advertisement
 Dr Faiz (dua kiri) bersama guru-guru dan kakitangan pengurusan SK Nanga Bangkit.
KENANGAN: Dr Faiz (dua kiri) bersama guru-guru dan kakitangan pengurusan SK Nanga Bangkit.

SERAMAI 100 peserta termasuk murid-murid, guru-guru dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Bangkit, Song teruja dengan kehadiran angkasawan negara, Dr Faiz Khaleed menyampaikan ceramah pada kem motivasi di sekolah itu.

 Kem motivasi dengan tema ‘The Galaxy of Dreams’ memberi inspirasi kepada murid-murid tahun enam dan persediaan kepada mereka sebelum memasuki alam sekolah menengah.

 Fasilitator kem motivasi tersebut ialah Lidam Assan.

 Dalam ceramahnya, Dr Faiz berkongsi kejayaan beliau untuk menjadi angkasawan negara.

 “Saya teruja apabila mendapat jemputan dan selalu berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan orang lain terutama murid-murid untuk mendapatkan inspirasi.

 “Saya faham bahawa banyak usaha dilakukan menjadikan program motivasi ini suatu realiti dan saya berasa bangga serta gembira berada di sini,” katanya.

 Pada program tersebut, Dr Faiz berkongsi video pengalaman beliau menjalani latihan sebagai angkasawan di Rusia.

 Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Dr Faiz berpeluang melawat ke Rumah Sebastian Tambi didiami 42 pintu keluarga Iban.

 Semasa lawatan itu, beliau dihiburkan dengan persembahan kebudayaan masyarakat Iban dan dihidangkan dengan makanan tempatan Iban.

 Selain itu, Dr Faiz turut menyertai aktiviti perkhemahan bersama murid-murid dan guru-guru SK Nanga Bangkit di Air Terjun Nanga Makuh, Song.

 Sebelum lawatan ke SK Nanga Bangkit, Dr Faiz mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi.

  • oleh
  • Advertisement