Anda di sini

Memantap pembangunan bola sepak

Advertisement
 Jeon menyampaikan jersi Suwon FC kepada Abdul Karim sebagai tanda penghargaan disaksikan oleh Rakawi (kiri) dan Fazzrudin (dua kiri) di Kuching semalam. — Gambar Chimon Upon
TERIMALAH: Jeon menyampaikan jersi Suwon FC kepada Abdul Karim sebagai tanda penghargaan disaksikan oleh Rakawi (kiri) dan Fazzrudin (dua kiri) di Kuching semalam. — Gambar Chimon Upon

Kuching FA, Suwon FC tandatangani memorandum persefahaman bagi perkukuh jalinan kerjasama

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (Kuching FA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kelab Bola Sepak Suwon (Suwon FC) dari Korea Selatan di sini semalam.

 MoU tersebut adalah bagi mengukuhkan jalinan kerjasama serta hubungan antara kedua-dua pasukan dalam pembangunan sukan bola sepak.

 MoU tersebut ditandatangani antara Pengurus Pasukan Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman dengan Setiausaha Agung Suwon FC, Jeon Ohchan disaksikan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

 Mengulas mengenai MoU tersebut, Abdul Karim berkata ini merupakan yang pertama sebuah kelab bola sepak dari Kuching menandatangani memorandum dengan kelab antarabangsa dari Korea Selatan.

 Justeru, beliau berpendapat bahawa ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada pembangunan sukan bola sepak di negeri ini.

 “Ini merupakan satu kerjasama yang cukup baik lebihlebih lagi kepada pemain-pemain dari Kuching di mana mereka berpeluang berlatih bersama kelab luar.

 “Dari perpesktif lain, saya yakin kerjasama ini mengeratkan hubungan antara kedua- dua negara iaitu Malaysia khasnya Sarawak dengan Korea Selatan dalam bidang lain-lain terutama sudut pelancongan,” katanya pada sidang media sebelum pemeteraian MoU tersebut di sini semalam.

 Hadi r sama Pres iden Kuching FA, Rakawi Ibrahim.

 Di bawah MoU tersebut, Suwon FC akan membiayai pemain-pemain Kuching FA mengadakan latihan bersama kelab tersebut di Korea Selatan mulai tahun depan.

 Suwon FC merupakan sebuah kelab bola sepak yang dimiliki oleh Bandaraya Suwon dan bersaing dalam Liga Korea.

 Sementara itu, Fazzrudin berkata selain MoU itu Kuching FA juga akan menandatangani satu lagi MoU dengan Akademi Park Ji Sung tahun depan.

 MoU kedua-dua ini akan menyaksikan pemain-pemain bawah 14 tahun Kuching FA akan ditaja oleh akademi tersebut untuk bersaing dalam Piala Ji Sung sebelum meneruskan latihan bersama Suwon FC.

 Dalam pada itu, pada 29 Oktober ini akan berlangsung perlawanan bola sepak persahabatan antara Kuching FA dengan selebriti-selebriti dari Korea Selatan.

 Selain itu, bekas-bekas pemain kebangsaan Korea Selatan juga akan menyertai perlawanan persahabatan tersebut.

  • oleh
  • Advertisement