Anda di sini

Pentas akhir Clever Girl Malaysia Musim 2 tarik 4 juta penonton

Advertisement
 Sara juara Clever Girl Malaysia ke-2 bersama keluarganya.
PENYOKONG UTAMA: Sara juara Clever Girl Malaysia ke-2 bersama keluarganya.

PROGRAM realiti popular TV3, Clever Girl Malaysia telah pun melabuhkan tirainya baru-baru ini dengan meraikan kemenangan anak kelahiran negeri Perak, iaitu Sara Amelia Muhammad Bernard (Sara) yang dinobatkan sebagai juara Clever Girl Malaysia musim kedua sekali gus membawa pulang hadiah utama RM100,000 serta trofi.

Disiarkan secara langsung di TV3 pada 13 Oktober yang lepas, pentas akhir Clever Girl Malaysia telah mencecah lebih daripada 4 juta penonton atau 24.5 peratus syer penonton dan 7.8 TVR sepanjang siaran dari jam 9.00 malam hingga jam 10.30 malam (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Kemenangan Sara in juga bermakna dia berjaya mendahului tiga pesaing lain, di mana gelaran naib juara disandang oleh Fadila Zuraida Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Fadila, yang mewakli Negeri Sembilan. Fadila ialah Mahasiswi Pendidikan, dan telah memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Clever Girl Malaysia musim kedua ini dibawakan khas oleh Sayangku Ratna, keluaran Serai Mas, Jangan Berhenti Memuji selaku penaja utama.

Program ini turut menampilkan Nin Jiom, Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak sebagai penaja bersama, dan disokong oleh tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan New Straits Times sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio.

Clever Girl musim kedua ini diterajui oleh Nazatul Fariz Mohd. Aziz sebagai penerbit eksekutif dan Shazreena Mohd. Kassim sebagai penerbit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang www.tv3.com.my dan www.abpbh.com.my serta ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter & Instagram @TV3Malaysia untuk berita terkini.

Penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Advertisement