Anda di sini

Penunggang maut motosikal berlanggar dengan kereta

Advertisement
 Mangsa maut di tempat kejadian selepas terbabit dalam kemalangan.
MAUT: Mangsa maut di tempat kejadian selepas terbabit dalam kemalangan.

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta dalam kejadian di Batu 7, Jalan Matang di sini, semalam.  

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.27 malam, ketika Kim Nam Nyoun, 27, dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuching sebelum dilanggar di hadapan SJK Chung Hua Batu 7.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Bingkok John berkata mangsa dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. 

Akibat perlanggaran katanya, mangsa maut di tempat kejadian dan perkara itu disahkan pasukan paramedik yang tiba di lokasi kemalangan.

Dilaporkan tiada kecederaan pada badan mangsa, kita percaya mangsa mengalami kecederaan dalaman,” katanya.

Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati bahagian hadapan kereta tersebut remuk akibat kesan perlanggaran dengan motosikal mangsa.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan itu tiada di tempat kejadian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tujuan bedah siasat.

Menurut Bingkok, kes tersebut masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement