Anda di sini

Pencuri motosikal dibelasah, dibogel penduduk kampung

Advertisement
 Salah seorang suspek dibogel selepas dibelasah penduduk.
TERIMA PADAH: Salah seorang suspek dibogel selepas dibelasah penduduk.

LUNDU: Gara-gara mencuri motosikal, dua lelaki warga asing ditahan polis dalam kejadian di Kampung Stunggang dekat sini, sekitar jam 7.30 pagi semalam.

Lebih malang, salah seorang suspek dibogel selepas dibelasah penduduk kampung yang berang dengan tindakan mereka.

Menurut sumber, kedua-dua suspek cuba melarikan diri selepas kegiatan mereka disedari penduduk.

Mereka cuba lari tetapi gagal setelah ditangkap penduduk lalu dibelasah.

Rakan suspek yang nekad bersembunyi di dalam lumpur turut ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Lundu DSP Wong Chee Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian curi motosikal yang melibatkan dua warga Indonesia.

Disahkan seorang warga Indonesia telah ditangkap orang awam dan seorang lagi oleh anggota polis IPD Lundu kerana mencuri motosikal,” katanya.

Menurut Wong, kes tersebut masih dalam siasatan.

Advertisement