Anda di sini

Memperkasa masyarakat tentang kanser payudara

Advertisement

Bahagian dua dalam siri lapan bahagian untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser

__alt__

DI Sarawak, kanser payudara merupakan kanser paling biasa kerana statistik dari Unit Radioterapi dan Onkologi (RTU) di Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukkan ia menyumbang kepada kira-kira 18 hingga 20 peratus daripada kesemua kes kanser baharu di negeri ini setiap tahun.

Dengan 99 peratus kes yang berlaku di kalangan wanita dan hanya satu peratus di kalangan lelaki, kanser payudara lebih membimbangkan bagi kaum wanita dan dianggarkan berlaku dalam seorang daripada 19 wanita.

Namun demikian, walaupun ia adalah kanser utama, kefahaman rendah dan tanggapan salah mengenai penyakit itu masih berleluasa di negeri kita, menyebabkan kadar mortaliti atau kematian lebih tinggi berbanding tempat lain di dunia.

Dalam satu kajian pada 2016 oleh The Economist Intelligence Unit Ltd bertajuk ‘Breast cancer in Asia: The challenge and response’ (Kanser payudara di Asia: Cabaran dan tindakan), kadar mortaliti bagi kanser payudara di Malaysia didapati 18.9  47 peratus lebih tinggi berbanding perangkaan dunia 12.9 peratus.

Menurut kajian itu, kadar mortaliti yang tinggi ini amnya disebabkan oleh kekurangan kesedaran yang menyebabkan kelewatan dalam diagnosis dan pengesanan kanser.

Kesedaran dibayangkan sebagai kurang malah di kalangan profesional penjagaan kesihatan tempatan kerana kajian itu turut menyampaikan cerita tentang seorang bidan tempatan yang didiagnos dengan kanser payudara peringkat lanjut, walaupun dikatakan mempunyai lebih banyak pengetahuan dan pendedahan kepada penyakit itu dan simptomnya berbanding orang lain dan golongan profesional penjagaan kesihatan lain yang tidak terlibat hanya dalam kesihatan wanita.

Pada peringkat tempatan, statistik RTU membayangkan senario sama kerana hanya 55 peratus daripada kesemua kes kanser payudara baharu pada 2014 dikesan pada Peringkat I dan II, di mana kanser masih berada dalam tisu payudara.

Sebagai perbandingan, data Jabatan Kesihatan Awam England menyaksikan 83 peratus daripada kesemua kes kanser payudara baharu di UK dikesan pada Peringkat I dan II.

Dalam usaha untuk meningkatkan kadar pengesanan kanser payudara yang lebih awal, Dr Voon Pei Jye, pakar onkologi HUS dan pengerusi jawatankuasa Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) di Sarawak, menegaskan bahawa pertama sekali, kaum wanita perlu memahami kenapa amat penting untuk kanser payudara didiagnos dan dirawat awal.

__alt__

PENGESANAN AWAL

Kanser adalah penyakit di mana sel-sel tidak normal berbahagi tanpa dapat dikawal untuk meresapi dan memusnahkan tisu badan biasa, dan perkara paling bahaya mengenainya ialah keupayaannya untuk merebak ke seluruh badan anda.

Sel-sel kanser dapat lari daripada tumor (ketumbuhan) utamanya ke bahagian lain dalam badan anda menerusi aliran darah, sistem limfa atau malah ke organ berdekatan,” jelas Dr Voon.

Apabila kanser itu sudah merebak ke bahagian lain dalam badan, ia menjadi semakin sukar bagi pakar onkologi untuk menjalankan rawatan dengan jayanya, yang membawa kepada kadar mortaliti yang semakin tinggi.

Justeru sangat penting untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara di kalangan orang ramai, yang membolehkan diagnosis lebih awal dan rawatan pada waktu yang lebih tepat,” tegasnya.

FAKTOR RISIKO

Namun demikian, sebelum mengetahui bagaimana wanita dapat mengenali simptom kanser payudara lebih awal, Dr Voon menasihatkan bahawa ia adalah lebih baik untuk mengenal pasti faktor risiko yang terlibat dalam penyakit itu.

Semua wanita berisiko menghidap kanser payudara dan risiko itu meningkat dengan usia seperti kebanyakan kanser.

Namun terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi risiko setiap individu seperti sama ada mereka ada sindrom kanser genetik atau pun tidak, seperti sindrom kanser payudara-ovari yang pernah dihidap aktres Angelina Jolie.

Bagi individu ini, risiko mereka adalah lebih tinggi dan saya akan mengesyorkan agar mereka mendapatkan nasihat dari pakar onkologi profesional mengenai cara untuk mengurus dan mengurangkan risiko seumpama ini.

Selain genetik, penyelidikan juga mendapati haid yang berlaku awal, menopaus lewat dan melahirkan bayi pada usia lewat selepas usia 35 tahun, semua ada kaitan dengan risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara,” katanya.

Walaupun kebanyakan ini sebenarnya bukan dalam kawalan kita, Dr Voon menyatakan bahawa keputusan untuk menjalani kehamilan dan memberi susu ibu kepada bayi didapati membantu untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

Namun keputusan paling penting yang kita dapat buat adalah untuk memelihara gaya hidup sihat dan mengurangkan obesiti (kegemukan) yang ada kaitan dengan risiko kanser yang lebih tinggi secara umumnya.

Ini bermakna melakukan sebanyak mungkin aktiviti fizikal selain mengamalkan pemakanan (diet) seimbang yang fokus kepada lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

Contohnya, jika anda ada pilihan untuk menaiki tangga, naiklah tangga; ia mungkin kelihatan seperti satu perkara yang kecil tetapi ia sebenarnya satu perkara yang sangat penting kerana ia menambah kepada aktiviti fizikal anda.

Pada keseluruhannya, kami menggalakkan senaman harian kira-kira selama 20 hingga 30 minit, jadi setiap aktiviti lasak akan membantu,” kata Dr Voon.

__alt__

PEMERIKSAAN

Sementara nasihat dan syor-syor ini dapat membantu kita untuk mengurangkan risiko kanser payudara, ia tidak dapat dielakkan bahawa segelintir daripada kita mungkin akan menghidap penyakit ini juga pada masa depan.

Untuk mengesannya awal, Dr Voon menasihatkan wanita muda berusia lebih 20 tahun untuk mula menjalani pemeriksaan sendiri ke atas payudara dan bawah lengan sebagai proses pemeriksaan bagi kanser payudara.

Beliau menegaskan pemeriksaan itu harus dijalankan dengan kerap setiap bulan untuk membolehkan wanita membiasakan diri dengan payudara mereka supaya mereka dapat mengesan awal sebarang perubahan.

Pemeriksaan diri setiap bulan disyorkan bagi semua wanita dari semua peringkat usia, tetapi oleh kerana insiden kanser payudara meningkat bersama usia, beliau berkata wanita lebih dewasa juga perlu memulakan proses pemeriksaan lain apabila mereka melepasi had usia tertentu.

Bagi wanita berusia lebih 40 tahun, Dr Voon mengesyorkan agar mereka mula mendapatkan pemeriksaan payudara klinikal tahunan di mana pemeriksaan dijalankan oleh doktor atau jururawat terlatih.

Pesakit berisiko lebih tinggi harus menimbang untuk meningkatkan kekerapan pemeriksaan klinikal mereka,” tambahnya.

Mamogram yang dianggap sebagai kaedah terbaik untuk mengesan kanser payudara juga harus dimulakan pada usia ini dan dibuat setiap tahun.

Selepas umur 50 tahun, kaum wanita boleh mendapatkan mamogram sekali setiap dua tahun.

__alt__

RAWATAN

Namun demikian, walaupun anda mengesan kanser payudara awal, masih terdapat perkara berhubung rawatan, dan bagi sebahagian daripada kita, memikirkan tentang rawatan kanser mungkin lebih menakutkan berbanding penyakit itu sendiri, disebabkan oleh ketakutan meluas yang ditimbulkan mengenai kesan sampingannya.

Dr Voon menerima kebimbangan ini dan mengakui rawatan kanser payudara biasa yang melibatkan radioterapi (sinaran bertenaga tinggi yang digunakan untuk membunuh sel kanser), kemoterapi (ubat membunuh kanser) dan terapi hormon, semuanya memang ada beberapa kesan sampingan yang agak serius.

Bagaimanapun kesan sampingan sebenar dan keseriusannya adalah berbeza-beza dari pesakit ke pesakit.

Kami (pakar onkologi) tidak dapat menyatakan dengan pasti tahap kesan sampingan yang mungkin dialami pesakit kanser payudara kerana setiap kes adalah unik, jadi setiap rawatan juga unik.

Rawatan bergantung amnya kepada peringkat dan gred kanser payudara – berapa besar tumor itu, sama ada ia sudah merebak atau belum, dan jika demikian, sejauh mana,” jelasnya.

Bagi kes-kes Peringkat I dan II di mana tumor belum merebak, Dr Voon menyatakan pembedahan adalah rawatan pertama kerana ia paling berkesan.

Bagaimanapun, kita boleh juga mencadangkan radioterapi atau kemoterapi sebagai rawatan penambah untuk mungkin mengurangkan saiz tumor sebelum pembedahan atau membantu mengurangkan peluang kanser berlaku semula pada masa depan,” katanya.

Bagi kes-kes yang lebih lanjut (Peringkat III dan IV), pesakit mungkin diberi kombinasi pembedahan, radioterapi dan kemoterapi, dengan pertimbangan kepada kesihatan keseluruhan, usia dan kecenderungan pesakit.

Terdapat juga rawatan terapi hormon tetapi ia hanya digunakan untuk kes kanser payudara yang didapati sensitif kepada hormon sahaja,” ujarnya.

Walaupun rawatan kanser payudara yang disebut ada beberapa kesan sampingan yang menakutkan seperti kehilangan rambut dan kerosakan saraf jangka panjang, Dr Voon memberi jaminan bahawa kebanyakannya dapat diurus jika dikesan awal.

Oleh kerana ini, saya ingin menasihatkan semua pesakit untuk sentiasa mengajukan soalan kepada doktor mereka sehingga mereka memahami sepenuhnya apa penyakit mereka, apa pilihan rawatan mereka, dan kesan sampingan yang berpotensi dialami.

Mendapatkan pengetahuan ini bukan bertujuan untuk memburukkan lagi kegelisahan pesakit, tetapi sebaliknya ia adalah untuk memperkasakan mereka dengan pengetahuan itu supaya mereka dapat memahami dengan betul apa sebenarnya rawatan yang mereka terima – membolehkan mereka untuk mengurangkan keseriusan kesan sampingan yang berpotensi kerana mereka dapat mengenalinya jauh lebih awal,” katanya.

Walaupun kanser boleh jadi mencemaskan, Dr Voon menekankan pengesanannya yang awal adalah cara terbaik untuk meningkatkan peluang bagi rawatan yang berjaya dan kadar yang tinggi untuk pulih daripadanya. 

Saya harap dengan memperbetul sebarang tanggapan salah me-ngenai kanser payudara, ia dapat membantu mengurangkan ketakutan dan menggalakkan kepatuhan rawatan di kalangan orang ramai.”

TENTANG DR VOON

TENTANG DR VOON
DR VOON

- Dilahir dan dibesarkan di Sarawak, minat dan dedikasi Dr Voon Pei Jye kepada perubatan selama ini menjadi panduan dalam hidupnya.

- Selepas lulus dari Universiti Malaysia Sarawak pada 2001, beliau meninggalkan tanah air buat pertama kali dan pergi ke Singapura di mana beliau memperolehi ijazah sarjana dalam perubatan dalaman dari Universiti Kebangsaan Singapura dan melengkapkan latihan pakar lanjutannya dalam bidang onkologi perubatan dari Hospital Universiti Kebangsaan Singapura.

- Sejak itu, beliau kembali ke tanah air untuk terus berkhidmat di HUS sebagai pakar perunding onkologi perubatan.

- Selain merawat pesakit, Dr Voon juga terlibat dalam bidang penyelidikan perubatan.

- Sebagai pengerusi jawatankuasa MOS tempatan, beliau penyelidik utama dan penyelidik bersama beberapa ujian kanser pelbagai pusat antarabangsa, malah pernah menerbitkan dan sama-sama menulis banyak pembentangan pada mesyuarat saintifik antarabangsa.

  • oleh
  • Advertisement