Anda di sini

Penerbangan MH1 ke KL dijadualkan semula kerana masalah sistem air

Advertisement
MH1 dari London ke KL berpatah balik selepas mengalami masalah sistem bekalan air di pesawat - Foto fail AFP
MH1 dari London ke KL berpatah balik selepas mengalami masalah sistem bekalan air di pesawat - Foto fail AFP

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur semalam terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang London Heathrow disebabkan masalah sistem bekalan air di dalam pesawat.

 Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, Penerbangan MH1 berpatah balik kira-kira sejam setelah berlepas untuk penerbangan selama 12 jam ke Kuala Lumpur.

 Masalah berkenaan diatasi oleh jurutera  sebaik pesawat Airbus A380 itu mendarat, kata syarikat penerbangan tersebut.

“Disebabkan peraturan lapangan terbang dan kekangan tempoh tugas kru penerbangan, waktu berlepas MH1 dijadualkan semula dan akan dimaklumkan kemudian,” katanya. 

Syarikat penerbangan itu turut memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan yang timbul dan berkata ia akan membantu menempah semula penerbangan untuk penumpang yang mempunyai penerbangan  sambungan  dari Kuala Lumpur.

Syarikat penerbangan itu berkata penumpang disediakan penginapan di hotel berhampiran Lapangan Terbang London Heathrow - BERNAMA

Advertisement