Anda di sini

Bumbung bangunan runtuh, lapan terbunuh

Advertisement

Tragedi di selatan India tatkala anggota kru pengangkutan sedang tidur, tiga diselamatkan

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan tiga lagi diselamatkan semalam selepas satu bahagian bangunan pengangkutan milik negara roboh di selatan India di wilayah Tamil Nadu, lapor agensi berita Xinhua di China, memetik kenyataan polis.

Bahagian bangunan Perbadanan Pengangkutan Negeri Tamil Nadu (TNSTC) bersama bumbungnya runtuh pada awal semalam di Naga-pattinam, 312 kilometer selatan Chennai,  bandar utama bagi Tamil Nadu. Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai anggota kru.

Lapan orang terkorban dan tiga lagi diselamatkan ketika bahagian bangunan TNSTC roboh di sini semalam pada sekitar jam 3.30 pagi waktu tempatan,” menurut seorang pegawai polis.

Mangsa tercedera yang diselamatkan dari bawah runtuhan telah segera dihantar ke hospital umum Karaikal.”

Menurut polis, mangsa sedang tidur pada masa bangunan itu runtuh.

Pihak berkuasa telah segera menghantar kakitangan pengurusan bencana dan anggota bomba, di samping menghantar jentera berat ke kawasan itu bagi melakukan kerja menyelamat.

Pihak berkuasa berkata bangunan berusia enam dekad itu telah dibina pada 1952.

Pegawai Pengumpul Daerah Nagapattinam C Suresh Kumar telah melawat tempat kejadian dan mengarahkan satu siasatan mengenai insiden itu, kata pegawai tempatan.

Pada bulan lepas sembilan orang terkorban selepas bumbung konkrit sebuah terminal bas runtuh di kawasan Somanur di bandar Coimbatore.

Kemalangan maut disebabkan oleh masalah infrastruktur (sama ada baharu atau lama) adalah biasa berlaku di India.

Pakar pembinaan mempersalahkan pentadbiran yang kurang tegas dan rasuah bagi perlanggaran peraturan bangunan sehingga menyebabkan penggunaan bahan yang berkualiti rendah, ketiadaan penyeliaan dan tahap kese-lamatan yang kurang bagus bagi pekerja. — Bernama

Advertisement