Anda di sini

Angka korban kebakaran hutan di Portugal cecah 43

Advertisement
 Anggota bomba bergegas memadam kebakaran hutan di Cabanoes dekat Lousa, Portugal pada 16 Oktober. — Gambar Reuters
MARAK: Anggota bomba bergegas memadam kebakaran hutan di Cabanoes dekat Lousa, Portugal pada 16 Oktober. — Gambar Reuters

LISBON: Angka kematian akibat kebakaran hutan, yang memusnahkan beberapa kawasan tanah di tengah Portugal sejak beberapa hari ini, telah meningkat kepada 43 orang selepas penemuan satu lagi mayat, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Penemuan ngeri terbaharu telah dilakukan berhampiran sebuah hospital di bandar tengah Coimbra, yang dilanda kebakaran teruk yang berlaku pada Ahad lepas dan telah dikawal sepenuhnya pada Selasa lepas, dengan bantuan hujan dan angin yang lebih tenang.

Angka tersebut telah bertambah, buat masa sekarang kami mempunyai 43 kematian,” menurut Jorge Dias, jurucakap bagi agensi perlindungan awam di negara ini.

Ia merupakan kali kedua Portugal dilanda oleh kebakaran hutan maut dalam masa empat bulan.

Pada Jun lepas, 64 orang meninggal dunia di wilayah tengah Pedrogao Grande, dalam apa yang merupa-kan kebakaran hutan paling berdarah dalam sejarah negara.

Pada Rabu lepas, menteri dalam negeri Constanca Ur-bano de Sousa telah meletakkan jawatan berkenaan dengan cara pengurusan masalah oleh kerajaan.

Menurut Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah (EFFIS) kira-kira 280,000 hektar tanah Portugal telah musnah dalam kebakaran pada bulan ini.

Seramai empat orang terkorban dalam kebakaran hutan di wilayah utara Sepanyol. — AFP

 Rangka kenderaan yang rentung dilihat selepas kebakaran hutan di Miro, berhampiran Penacova, Portugal pada 17 Oktober. — Gambar Reuters
RENTUNG: Rangka kenderaan yang rentung dilihat selepas kebakaran hutan di Miro, berhampiran Penacova, Portugal pada 17 Oktober. — Gambar Reuters
Advertisement