Anda di sini

Lakukan pemeriksaan dan dapat rawatan mata

Advertisement

Amal gaya hidup sihat elak penyakit dapat jejas penglihatan seperti kencing manis, hipertensi

 Adam (barisan belakang, lapan kiri) bergambar bersama sebahagian peserta sambutan Hari Tongkat Putih dan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Bintang Megamall Sabtu lalu.
KENANGAN: Adam (barisan belakang, lapan kiri) bergambar bersama sebahagian peserta sambutan Hari Tongkat Putih dan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Bintang Megamall Sabtu lalu.

MIRI: Warga Miri perlu melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan mata di hospital sekiranya mengalami masalah penglihatan pada peringkat awal.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, pada masa sama mereka harus mengamalkan gaya hidup sihat termasuk diet seimbang untuk mengelakkan penyakit dapat menjejaskan penglihatan seperti kencing manis dan penyakit hipertensi.

Saya menggesa orang awam menjaga kesihatan mata dan menjauhi penyakit yang boleh menjejaskan penglihatan. Cintailah mata anda kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Tongkat Putih dan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Bintang Megamall Sabtu lalu.

Ia dianjurkan Blind and Visual Impaired Hospital Miri dengan kerjasama Tongkat Putih, Persatuan Orang Buta Sarawak, Bintang Megamall dan SugarBun.

Adam menambah, berdasarkan statistik International Centre for Eye Health, London School of Hygiene and Tropical Medicine, 285 juta penduduk di seluruh dunia mengalami masalah penglihatan dan daripada jumlah ini 39 juta buta dan 246 juta mengalami masalah penglihatan.

Berdasarkan rekod Pembedahan Mata Kebangsaan II 2014, Sarawak mencatat 2.47 juta masalah penglihatan manakala 1.6 peratus daripada populasi di Sarawak dalam kategori buta  dan 8.7 peratus kategori lemah penglihatan,” katanya.

Adam menambah, rekod ini menunjukkan populasi rakyat negeri ini yang mengalami masalah penglihatan yang membimbangkan.

Kebanyakan mereka ini hanya duduk di rumah dan kurang bersosial dengan masyarakat. Saya berharap mereka tidak menjauhkan diri sebaliknya bergaul dengan masyarakat dan mendapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan,” katanya.

Adam turut memuji usaha pihak penganjur memastikan program sambutan Hari Tongkat Putih dan Penglihatan Sedunia berjalan lancar.

Antara aktiviti yang diadakan ialah pameran kesihatan mata, kaunter pemeriksaan mata dan tayangan video dan ceramah pencegahan kebutaan.

Hadir sama Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong dan Setiausaha Agung SSB Annie Soon.

  • oleh
  • Advertisement