Anda di sini

Cari perkongsian menyelesaikan masalah masyarakat, kata Fatimah

Advertisement
 Fatimah (dua kanan) ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan teka jumlah tabungan disaksikan Ahli (kiri) dan Mardziah (dua kiri) dan yang lain.
TAHNIAH: Fatimah (dua kanan) ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan teka jumlah tabungan disaksikan Ahli (kiri) dan Mardziah (dua kiri) dan yang lain.

MUKAH: Setiap isu atau masalah pelbagai peringkat masyarakat harus dikongsi untuk dibantu bagi mencari jalan penyelesaian serta dipermudah agensi serta jabatan berkaitan.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, saling berkaitan antara agensi serta jabatan membantu membina masyarakat ke arah lebih positif serta bebas gejala tidak sihat.

“Sebarang gejala tidak sihat dapat dibanteras dengan penglibatan antara agensi serta jabatan seperti penagihan dadah, ponteng sekolah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Program Turun Padang (PTPK) di Kampung Senau, Oya semalam.

Menurutnya, demi menjaga keamanan dan kesejahteraan masa depan anak, perkara ini mesti dilakukan secara kerjasama dan tidak menuding jari ke arah satu pihak sahaja.

“Ini semua untuk kita menghasilkan modal insan berkualiti bagi generasi akan datang,” jelasnya.

Di samping itu juga, aspek kerohanian turut tidak dilupa dalam membina sahsiah anak dan pelajar sekolah.

Ini kerana benteng agama merupakan salah satu benteng diri terbaik untuk mengelak diri daripada terjerumus ke arah negatif.

“Justeru agensi, jabatan, masyarakat setempat pelbagai lapisan, sekolah, ibu bapa, institusi keagamaan dan sesiapa sahaja dalam pelbagai lapisan dalam masyarakat harus mengambil peranan di dalamnya,” katanya.

Mengenai program PTPT selain memperkenalkan peranan serta tugas agensi yang dapat membantu masyarakat, ia juga  berperanan membanteras gejala negatif melalui peranan yang dapat dimainkan pihak sepatutnya.

Usaha pemantapan agama turut dilakukan melalui pelbagai aktiviti di masjid dan surau di kampung.

PTPK di Kampung Senau adalah yang pertama dan ia akan terus dilaksanakan di kampung-kampung seterusnya.

Majlis sama turut menyaksikan penyampaian geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada beberapa pihak termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Senau, Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS), Masjid Kampung Senau dan seramai 16 penerima untuk bantuan membaiki rumah kediaman.

Turut diadakan bersama program berkenaan adalah aktiviti permainan dan sukan rakyat melibatkan penduduk Kampung Senau, Oya.

Pertandingan mewarna antara pelajar dan pertandingan teka jumlah tabungan juga diadakan bersama tajaan hadiah daripada Agrobank Cawangan Mukah.

Turut hadir Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr Osman Rafaie, Pegawai Pendidikan Daerah Dalat Ahli Chikba dan Pengurus Cawangan Agrobank Mukah Mardziah Noor Dadu.

Advertisement