Anda di sini

‘Demam Deepavali’ landa Bukit JalilPerak turut menekankan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Deepavali bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, dan suasana girang untuk menyambut perayaan Pesta Cahaya semakin hangat dirasakan.

Kemeriahan musim perayaan semakin menghampiri kemuncaknya dan Karnival Deepavali 2017 yang berlangsung di Bukit Jalil di sini sibuk dengan pelbagai tawaran menarik untuk memikat kedatangan pelanggan.

Stadium Bukit Jalil dibanjiri peniaga dan pengunjung yang mana kawasan letak kenderaan terbuka turut berubah wajah, penuh berwarna-warni dihiasi lampu bergemerlapan, busana tradisional bergantungan di reruai, hiasan mempesonakan dijual pada harga murah selain reruai yang menawarkan khidmat menghias tangan dengan inai bercorak.

Penganjur karnival, Jaggarao Simancha, iaitu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Agenda Suria Communication Sdn Bhd, berkata karnival itu menawarkan 400 reruai yang dikendalikan pempamer dari Malaysia, India dan Pakistan, mempamerkan serta menawarkan pakaian rekaan terkini, sari, barangan kemas, perhiasan dan kuih-muih di karnival itu yang berlangsung dari 7 hingga 17 Okt.

Beliau berkata 68 peratus daripada 400 reruai itu milik usahawan tempatan bagi memastikan peniaga Malaysia meraih lebih banyak manfaat daripada festival tahunan yang diadakan sejak 16 tahun lepas.

Tujuan utama karnival ini adalah menyediakan pentas beli-belah tunggal bagi membolehkan orang ramai membeli produk kaum India semasa Deepavali.

Karnival ini, yang terkenal dengan gaya hidup beli-belah India, terbukti menjadi gerbang yang berkesan untuk memasarkan dan menyelaraskan permintaan global bagi produk serta perkhidmatan gaya hidup kaum India,” katanya kepada Bernama.

Jaggarao menarik perhatian lebih 450,000 orang dijangka mengunjungi karnival itu dan setakat ini sahaja, lebih 150,000 pelawat, termasuk kaum Melayu, Cina dan warga asing, dicatatkan dalam tempoh enam hari.

Beliau berkata karnival mega itu merupakan satu daripada produk pelancongan Malaysia dan beliau berharap untuk menjadikannya karnival terbesar di dunia bagi membantu merancakkan lagi industri pelancongan di negara ini.

Karnival itu turut dimeriahkan dengan konsert istimewa oleh artis berbakat besar tanah air dan dari India dengan penampilan khas oleh artis legenda Malaysia Datuk Zainal Abidin pada 15 Okt.

Penganut Hindu di seluruh dunia akan menyambut Deepavali pada 18 Okt ini, meraikan kejayaan kebaikan menentang kejahatan, dan Pesta Cahaya akan disambut pada Saturthasi Tithi, hari ke-14 dalam bulan Iypasi, berdasarkan kalendar panjangam Hindu, setiap tahun. — Bernama

Advertisement