Anda di sini

Aksi lagak ngeri Aaron Twite pukau penggemar motosikal berkuasa tinggi

Advertisement
 Aaron Twite ketika mempersembahkan aksi lagak ngeri di pekarangan MBKS di Kuching semalam.
HEBAT: Aaron Twite ketika mempersembahkan aksi lagak ngeri di pekarangan MBKS di Kuching semalam.

KUCHING: Nama Aaron Twite semenangnya tidak asing lagi di kalangan peminat motosikal berkuasa tinggi di dunia.

Kini beliau kembali sekali lagi ke Sarawak selepas didatangkan khas dari Amerika Syarikat sempena Kuching International Bike Week (KIBW) 2017.

Aksi lagak ngerinya pasti memukau orang ramai khususnya penggemar sukan permotoran berkuasa tinggi.

Tatkala pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dipenuhi lebih 600 penunggang motosikal berkuasa tinggi semalam, Aaron muncul dengan motosikal yang diubah suai untuk memberikan persembahan terbaik.

Pengalaman keduanya di KIBW 2017, memberi kenangan manis buat penunggang berusia 20-an itu untuk kembali semula ke bandar raya Kuching bertemu peminat dari Borneo termasuk Sarawak, Sabah, Indonesia, Brunei dan Semenanjung Malaysia.

Bagi Aaron, penganjuran KIBW amat bermakna buat peminat motosikal berkuasa tinggi apabila dapat berkumpul dalam komuniti tersebut.

KIBW dapat menghimpunkan ramai peminat motosikal besar, bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi dari rantau ini.

Walaupun Kuching merupakan bandar raya kecil, tetapi dapat menerima kehadiran peserta yang ramai,” katanya ketika ditemui selepas pertunjukan aksi lagak ngeri di MBKS di sini semalam.

Tambahnya, Borneo mempunyai nilai lokasi eksotik yang menjadi tarikan pelancongan.

Beliau turut gembira dijemput penganjur untuk bersama menjayakan KIBW 2017 bagi kali kedua selepas 2015.

Saya harap dapat kembali ke sini (KIBW) pada tahun hadapan,” katanya yang telah terlibat dalam sukan permotoran lebih 14 tahun lalu.

Advertisement