Anda di sini

Lelaki Somalia mengganas di Kanada

Advertisement

Serangan di Edmonton menyaksikan pegawai polis antara lima cedera

 Anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian di mana trak dipandu suspek terbalik ketika dikejar polis di persimpangan 107 Street dan 100th Avenue di hadapan Hotel Matrix di Edmonton, Alberta kelmarin. — Gambar Reuters
MENCEMASKAN: Anggota polis menjalankan siasatan di tempat kejadian di mana trak dipandu suspek terbalik ketika dikejar polis di persimpangan 107 Street dan 100th Avenue di hadapan Hotel Matrix di Edmonton, Alberta kelmarin. — Gambar Reuters

MONTREAL: Polis Kanada menahan seorang lelaki Somalia awal kelmarin yang disyaki menikam seorang pegawai dan sengaja merempuh pejalan kaki semasa trak sewanya yang dipandu laju dikejar polis, sekali gus mencederakan empat mangsa dalam kejadian yang dikecam Perdana Menteri Justin Trudeau sebagai serangan teroris.

Keganasan bermula malam Sabtu di luar sebuah stadium bola sepak di bandar barat Edmonton dan tamat beberapa jam kemudian apabila trak sewa suspek terbalik ketika dikejar polis.

Media tempatan menama-kan penyerang Abdulahi Hasan Sharif, 30, ketika pihak berkuasa mengesahkan suspek adalah warga Somalia yang telah memohon suaka dan dikenali perkhidmatan keselamatan susulan satu aduan pada 2015.

Tiada bukti mencukupi untuk mengenakan dakwaan terorisme.

Suspek justeru dianggap tidak mengancam Kanada,” menurut Marlin Degrand daripada pasukan Polis Ber-kuda Diraja Kanada (RCMP) pada sidang akhbar.

Penemuan bendera Islamic State (IS) dalam salah satu kenderaan yang digunakan dalam serangan itu telah mendorong polis untuk menyiasat insiden tersebut sebagai jenayah terorisme.

Trudeau menggesa semua rakyat untuk berhati-hati.

Saya amat bimbang dan berang dengan tragedi ini.

Tatkala siasatan diteruskan, laporan awal menaytakan ini adalah satu lagi contoh kebencian yang harus kita berwaspada terhadapnya,” tegas beliau.

Sekitar jam 8.15 malam Sabtu, seorang lelaki yang memandu laju sebuah Chevy Malibu putih merempuh sekatan polis di luar Stadium Komanwel Edmonton di mana satu perlawanan Liga Bola Sepak Kanada sedang berlangsung.

Kereta itu melanggar seorang pegawai polis yang berdiri di hadapan kereta perondanya, menyebabkan mangsa terpelanting 15 kaki di udara sebelum terhempas di atas kereta tersebut, menurut kenyataan polis tempatan.

Seorang lelaki dipercayai berusia 30-an kemudian melompat keluar dari kenderaan dan mulai dengan ganas menikam pegawai terbabit dengan sebilah pisau, tatkala pergelutan tercetus,” tambah kenyataan itu.

Suspek kemudian berlari menjauhi tempat kejadian dan pegawai terbabit dikejarkan ke hospital tatkala seluruh kejadian dirakam kamera pemantauan yang kemudian didedahkan polis.

Polis membuat sekatan jalan raya di sekitar bandar raya dengan 800,000 penduduk itu dan sejurus sebelum tengah malam, menahan sebuah trak.

Apabila polis menyedari nama pada lesen pemandu serupa dengan pemilik berdaftar Chevy putih itu, lelaki terbabit terus memecut ke tengah Edmonton, menurut kenyataan polis.

Suspek dengan sengaja cuba melanggar orang ramai di kaki lima dan lorong di dua tempat berasingan, kata ketua polis Edmonton Rod Knecht kepada wartawan.

Ketika ini dipercayai empat pejalan kaki telah dilanggar trak tersebut dan dikejarkan ke hospital dengan pelbagai kecederaan,” tambahnya.

Saksi menggambarkan suasana panik dan terkejut ketika trak itu merempuh orang ramai sebelum suspek hilang kawalan ke atas traknya menyebabkan kenderaan itu terbalik.

Orang ramai terpelanting, saya terkejut melihat kejadian itu,” kata Kim Andressen kepada harian Edmonton Journal.

Datuk Bandar Edmonton Don Iveson percaya ia adalah serangan ‘lone wolf’.

Terorisme hanya mahu mencetuskan panik dan meng-gugat kehidupan orang lain,” katanya sambil menambah, penduduk Edmonton akan mengatasi kebencian dan perpecahan. — AFP

Advertisement