Anda di sini

Firma Malaysia optimistik prospek perniagaan pada separuh kedua 2017

Advertisement

KUALA LUMPUR: Firma Malaysia optimistik terhadap prospek perniagaan mereka dalam tempoh enam bulan akan datang, menurut Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) keempat.

 Indeks bagi Korporat dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terus menunjukkan sentimen positif, masing-masing pada 55.8 dan 52.1, bagi suku keempat 2017 hingga suku pertama 2018, katanya.

 “Kami dapati korporat lebih berkeyakinan sepanjang tiga kajian sebelum ini.

 “Berbanding dengan PKS, sentimen segmen korporat lebih stabil dan kukuh sepanjang tempoh yang dipantau disebabkan oleh skala ekonomi, fleksibiliti operasi, asas pelanggan dan kuasa tawar menawar untuk melalui pelbagai ragam ekonomi jangka pendek,” katanya.

 Menurut RAM, sentimen PKS lebih tidak menentu, seiring dengan ketidakpastian lebih besar yang dihadapi oleh perniagaan mereka.

 Walaupun prospe k prestasi yang lebih lemah, responden SME dalam kaji selidik itu masih menyatakan keyakinan terhadap pengembangan perniagaan dan sentimen pengambilan dalam dua suku tahunan akan datang.

 Ketidakpastian prestasi ini juga lebih ketara dalam kalangan peserta pembinaan, pembuatan, pengangkutan/ simpanan dan peruncit, yang operasinya mungkin berasaskan kontrak dan/atau bergantung kepada pelanggan yang lebih terhad atau khusus yang menjadikan prestasi mereka lebih tidak menentu, kata RAM.

 Berdasarkan kaji selidiknya, agensi penarafan itu berkata firma berorientasikan eksport lebih berkeyakinan berbanding rakan domestik mereka, berikutan momentum pemulihan perdagangan global, yang membawa kepada pertumbuhan eksport dua angka selama tujuh bulan bagi negara sejak Disember 2016.

 “Kesimpulannya, meskipun terdapat prospek penurunan dalam perniagaan dalam kalangan PKS, korporat dan PKS secara keseluruhan telah mengekalkan sentimen positif secara menyeluruh pada 2018.

 “Ini mungkin satu petunjuk bahawa momentum pemulihan ekonomi di Malaysia mempunyai elemen kemampanan,” katanya.  — Bernama  

Advertisement